Pengumuman: Jimie Tak Dapat Online

Posted on May 4, 2009
Filed Under Berita | 2 Comments

Assalamualaikum.

Saya Zul, kawan kepada JimieRay (pemilik blog ini). Sekadar makluman, beliau telah selamat menjalani pembedahan pada petang tadi (4/5/09). Badan beliau stabil, cuma sedikit lemah dan perlukan rehat.

Jadi, beliau tidak akan dapat online dalam masa terdekat ini.

Doakan kesembuhan untuk beliau sehinggalah dapat Online dan bekerja kembali.

Harap maklum.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Kalaulah Orang Tua Itu Mengalah…

Posted on May 4, 2009
Filed Under Tip, Matlamat, Motivasi, Renungan | Leave a Comment

Salam usahawan dan jumpa lagi.

Seorang veteran Perang Dunia Pertama terhegeh-hegeh menawarkan resipi masakan kegemaran keluarganya kepada seorang kaya yang difikirkan dapat memberinya modal untuk membuka sebuah restoran. Kemudian restoran itu akan dikembangkan kepada berpuluh-puluh, beratus-ratus, kemudian beribu-ribu cawangan. Itu cadangannya, tetapi malang, orang kaya itu tidak tertarik langsung.

Veteran perang itu membawa resipi dan idea tersebut kepada orang kaya yang lain pula, pun di tolak mentah-mentah. Bertahun-tahun dia berusaha tanpa putus asa. Lebih daripada 1,000 orang menolak ideanya tapi orang tua itu terus berusaha, hinggalah akhirnya diterima oleh seorang pemodal.

Kolonel SanderLalu bermulalah ladenda sebuah restoran. Dalam waktu yang singkat saja resipi veteran perang itu terus menjadi popular dan restorannya membuka cawangan demi cawangan, dari puluh meningkat ke ratus, kemudian menjadi ribu, sama seperti yang diimpikannya. Bayangkan kalau Kolonel Sanders memutuskan untuk mengalah saja apabila orang kaya yang ke-999 menolak resipi dan ideanya, tentu hari ini kita tidak akan mengenali Kentucky Fried Chicken.

Kesimpulannya… Untuk menjadi usahawan berjaya anda hendaklah tidak perlu takut pada kegagalan, seperti pesanan dari SIFU KegagalanBilli LimKegagalan adalah guru kejayaan“. Berusaha dan terus berusaha pasti kejayaan yang akan anda temui.

Jumpa lagi. Adioss….

PS - Tolong doakan saya : Kepada pengunjung setia blog ini, untuk makluman anda ketika ini saya telah di masukkan ke Wad ENT di Hospital P.Pinang untuk menjalani satu pembedahan untuk buangkan satu ketumbuhan “Thyroglossal Cyst” di bahagian  antara bawah lidah dengan leher.  Saya akan di masukkan ke dewan bedah pada jam 3 petang nanti dan proses pembedahan  di jangkakan antara 3 hingga 4 jam. Doakan saya semuga di beri ketenangan dan kekuatan untuk menjalani pembedahan ini. Terus terang saya katakan bahawa saya masih lagi di dalam keadaan berdebar-debar sekarang ini walaupun jam sudah 2.50 pagi.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Pengalaman Menghadiri Majlis Gay

Posted on April 27, 2009
Filed Under Santai, Cerita Lucu, Cerita Lucah | Leave a Comment

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone dan kamera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk, wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas coke. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

Hai…sorang ke bro“, tiba-tiba wartawan itu di sapa.

A’ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni“, kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni“, bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti  secara tiba-tiba kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

Eh eh… ada dara lagi la kat sini“, ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

A’ah lah… kat depan kita ada dara“, ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

Saya bukan dara lagi la“, ujar wartawan itu.

Kalau dah tak dara kenapa kentut.. Kuat lak tuu. Sempit tuuu…!!“, ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!! :)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Belajarlah Bagaimana Untuk Hidup

Posted on April 24, 2009
Filed Under Tip, Motivasi, Renungan | Leave a Comment

Kalau boleh kita ingin berubah menjadi orang yang positif dalam sekelip mata. Berjimat cermat, senyum pada pagi dan sebelum tidur, hargai masalah yang datang dan pelbagai tip lagi. Terlalu banyak tip yang kita tahu, dan kalau boleh kita mahu lakukan semuanya. Kemudian, menjadi manusia yang baru dalam masa yang singkat. Tetapi sukar, dan selalunya kita gagal.

Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam sekelip mata dengan mengamalkan puluhan tip itu secara serentak, bukan satu tindakan yang tepat. Anda sebaliknya perlu mengambil satu, dua atau tiga tip dahulu dan perkukuhkan dalam diri selama satu atau dua tahun. Percayalah, akan sampai masanya nanti tip-tip itu akan menjadi darah daging anda dan anda  akan mengamalkannya secara spontan.

Sebaik tip itu sudah menjadi sebahagian daripada diri anda, cuba amalkan tip yang lain pula. Ambil satu, dua atau tiga tip sahaja dan jadikan ia sebagai amalan hidup. Ulangi kaedah di atas hingga segala tip atau amalan hidup yang positif itu mengalir di dalam darah anda. Itu lebih baik jika anda cuba mengamalkan puluhan tip amalan hidup yang positif secara serentak, tapi semuanya gagal.

Ahli falsafah Roman, Seneca, pernah berkata, “Selagi engkau hidup, teruslah belajar bagaimana untuk hidup.”

Salam kejayaan, jumpa lagi. Adioss…

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Hanya Kerana Pujian

Posted on April 13, 2009
Filed Under Motivasi, Renungan | Leave a Comment

Pada awal abad ke-18 dulu, ada seorang lelaki yang teringin benar hendak menjadi penulis. Tapi keadaan sentiasa saja tidak menyebelahinya. Belum tamat darjah empat dia berhenti sekolah. Keluarganya miskin. Bapanya pula disumbat ke dalam penjara kerana hutang. Hidup anak muda ini jadi tidak menentu. Tidak makan selama satu dua hari sudah jadi perkara biasa baginya.

Dengan pendidikan yang tidak seberapa, dia cuba mencari kerja. Usahanya berhasil, pemuda malang itu akhirnya diterima bekerja sebagai penampal label pada botol, di sebuah gudang kecil dipenuhi tikus. Dia tidur dalam bilik yang kusam bersama dua lagi pemuda comot berasal dari kawasan setingan.

charles-dickens.jpgLelaki ini tekun menulis tapi dia tidak berapa yakin dengan kebolehannya. Jadi dia menyusup keluar pada lewat malam bagi mengelak orang lain tahu dia mengepos tulisannya itu kepada syarikat penerbitan. Kalau ada orang tahu, terutama kawan-kawan rapatnya, habislah… mana dia hendak letakkan muka?

Cerita demi cerita dihantar, semuanya ditolak. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba, anak muda itu menerima sepucuk surat dari sebuah syarikat penerbitan yang bersedia untuk menerbitkan cerita yang ditulisnya.

Dia tidak dibayar walau sesen pun, tapi tulisannya dipuji oleh pengarang syarikat penerbitan tersebut. Gembira betul lelaki itu hingga tidak sedar dia menangis sepanjang jalan menuju ke rumahnya.

Penghargaan dan pujian yang diterimanya itu yang mengubah seluruh hidup lelaki berkenaan. Kalaulah dia tidak dipuji dan bakatnya tidak diberikan penghargaan, tentu dia akan menghabiskan seumur hayatnya di gudang kecil penuh tikus. Anda tentu pernah dengar nama pemuda tersebut – Charles Dickens.

Sekadar renungan… Adioss.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Tipah!…Kenapa Tertipu Lagi?

Posted on April 3, 2009
Filed Under Nak Kaya Cepat, Peringatan, Berita, Renungan, Umum | Leave a Comment

Salam sejahtera dan jumpa lagi.

Huhuu…! tentu anda terkesima bila tengok tajuk di ataskan. Sebenarnya tajuk ini tiada kena mengena dengan si Tipah anak Ngah Leman jiran depan rumah atau kisah Latipah janda kayo muda beranak satu kat office sebelah. Tetapi, ianya mengenai sikap orang kita yang masih mudah percaya dengan mesej-mesej a.k.a SMS untuk kaya dengan mudah.

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan satu lapuran akhbar Utusan Malaysia bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mudah terjebak dengan SMS palsu. Lebih 1,500 orang terpedaya atau tertipu dengan SMS untuk memenangi hadiah. Di anggarkan nilai keseluruhan penipuan tersebut adalah RM11 juta sepanjang tahun 2007 dan 2008. Sindiket penipuan ini telah menggunakan khidmat pesanan ringkas @ SMS semakin menjadi-jadi.

Ramai mangsa sindiket ini terpedaya dengan SMS yang diterima kononnya mereka menjadi pemilik kad SIM telefon bimbit yang bertuah memenangi hadiah wang tunai sehingga RM50,000.

Sindiket ini membuat tawaran palsu dengan mendakwa kononnya ia daripada syarikat besar tertentu seperti Petronas, Shell, Astro (Akademi Fantasia), Maybank, PowerRoot, Maxis, Celcom dan Digi.

Bagaimanapun, semua SMS palsu itu sebenarnya tiada kaitan dengan syarikat terbabit. Malah dari semasa ke semasa syarikat tersebut membuat penafian mengenai penglibatan mereka.

Mangsa yang disyaratkan membayar caj pemerosesan sehingga RM10,000 untuk mendapat tawaran hadiah tersebut, hanya menyedari tertipu selepas hadiah wang tunai yang dijanjikan tidak dimasukkan ke akaun mereka.

Siasatan pihak berkuasa telah mendapati hampir kesemua ahli sindiket ini adalah warga asing, kebanyakannya dari Indonesia.Sebenarnya inilah salah satu sikap orang kita yang mudah terpedaya dengan sindiket yang sering di tawarkan oleh warga asing. Tak percaya??? Sila klik disini untuk lihat satu lagi penipuan yang telah terbongkar.

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tips dengan pengunjung blog JimieRay dot Com bagaimana modus operandi mereka berjalan yang di petik dari lapuran Utusan Malaysia.

Modus Operandi Sindiket SMS Tawar Hadiah Palsu

    1. Sindiket menghantar SMS menawarkan hadiah palsu kepada bakal mangsa. Semua nombor pengirim SMS biasanya 12 atau 13 digit dimulai 628XXXXXXXXX. Nombor awalan itu adalah kod nombor telefon bimbit di Indonesioa.

    2. Contoh SMS ialah :

      1. Congratulations Nombor SimCard Anda tlh m-nangi (HADIAH UTAMA) WANG Tunai RM50,000 dr Sykt SHELL BHD. Call/sila dail; +6281410078374 Terima kasih”

      2. “Tahniah! Anda bertuah terpilih menjadi pelajar Akademi Fantasia (AF4). Telp +6285241601122. TK”

      3. “Tahniah! Anda terpilih untuk menerima hadiah bertuah Akademi Fantasia (AF4) WANG TUNAI RM15,000. Tel +628151886299. Terima kasih.”

    3. Setiap kandungan SMS meminta mangsa menghubungi nombor telefon 12 atau 13 digit yang diberi. Nombor untuk dihubungi selalunya tidak sama dengan nombor yang tertera sebagai pengirim SMS.

    4. Mangsa selalunya menghubungi nombor yang diberi untuk pengesahan tawaran wang tunai tersebut.

    5. Dalam sesetengah kes, ahli sindiket sendiri menghubungi mangsa untuk memaklumkan bahawa SMS yang dihantar itu adalah benar.

    6. Mangsa akan dipujuk supaya menerima hadiah termasuk boleh digunakan untuk majlis kesyukuran dan jemput anak yatim piatu.

    7. Apabila mangsa terpedaya dan yakin, sindiket akan meminta akaun mangsa, biasanya Maybank atau bank yang mempunyai perkhidmatan perbankan online. Nombor akaun itu diperlukan untuk memasukkan duit hadiah yang di janjikan pada hari sama atau secepat mungkin. Jika mangsa tiada akaun Maybank, mereka diminta membukanya.

    8. Selepas mendapat nombor akaun, sindiket memberitahu mangsa supaya memasukkan wang antara RM1,000 hingga RM10,000 ke dalam akaun bank sendiri sebagai bayaran pemerosesan bagi membolehkan wang hadiah dimasukkan pada hari yang sama. Bagi sesetengah kes, mangsa diminta memasukkan wang pemerosesan itu ke dalam nombor akaun yang diberi oleh sindiket.

    9. Mangsa kemudian diminta ke mesin ATM bank yang sama. Bagi pemilik akaun baru, mereka diminta mengaktifkan kad ATM tersebut terlebih dahulu dan sindiket saling berhubung dengan mangsa.

    10. Ketika di mesin ATM, mangsa akan dihubungi sindiket yang meminta nombor kad ATM mereka. Selepas itu mereka di minta menggunakan ATM untuk mendaftar perbankan online (dalam kes Maybank ialah Manybank2u.com).

    11. Apabila mesin ATM meminta pelangan mendaftarkan nombor PIN untuk daftar masuk (login) Maybank2u.com, mangsa diminta supaya memasukkan enam digit nombor diberi oleh sindiket itu dan kemudian mengesahkan pilihan nombor itu. (Dalam keadaan biasa, pelangan sendiri yang sepatutnya memilih nombor PIN daftar masuk Maybank2u.com dan ia mesti dirahsiakan).

    12. Mangsa akan diminta oleh sindiket supaya beredar pulang dan menunggu untuk dihubungi bagi memaklumkan bahawa wang hadiah sudah dimasukkan ke dalam akaun bank.

    13. Dalam tempoh ini, sindiket akan mengaktifkan perkhidmatan online untuk akaun Maybank mangsa. Ini boleh dilakukan kerana untuk mengaktifkannya, Maybank2u.com atau bank lain hanya mensyaratkan pelangan memasukkan nombor akses iaitu nombor kad ATM dan nombor PIN yang didaftarkan di mesin ATM.

    14. Sejurus perkhidmatan online mangsa diaktifkan, sindiket yang bertindak sebagai penceroboh akaun akan memindahkan kesemua wang di dalam akaun mangsa ke akaun lain.

    15. Selang beberapa jam atau pada keesokannya, mangsa sedar telah tertipu apabila akaun bank mereka bukannya bertambah disebabkan hadiah wang tunai yang dijanjikan, sebaliknya wang di dalam akaun habis dikebas. Ketika itu, semua nombor telefon yang diberi oleh sindiket telah ditutup.

NOTA : Dalam sesetengah kes, modus operandi sindiket berbeza dengan yang dinyatakan di atas tetapi kebanyakan mangsa diminta memberi nombor akaun bank, nombor PIN kad ATM, atau nombor PIN daftar masuk perkhidmatan online.

Semuga kali ini Tipah tak tertipu lagi. Jumpa lagi. Adioss…

JimieRay

 

 

PS - Jangan lupa dapatkan Majalah IM edisi ke12 sekarang. Sila klik disini untuk download secara PERCUMA.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Boikot dan Pulau – Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Posted on January 10, 2009
Filed Under Palestin, Yahudi Israel, Berita, Renungan | Leave a Comment

anak palestin

#Kepala salah seorang kanak-kanak Palestin yang di jumpai dibawah runtuhan bangunan akibat di bedil oleh rejim laknat tentera Israel.

Enjin pencari Yahoo! Menunjukkan terdapat jutaan bahan di bawah tajuk boikot produk Israel yang ada kaitan dengan keganasan ke atas rakyat dan negara Palestin.

Banyak daripadanya merupakan laman web khusus mengenai, contohnya http://home.pacbell.net/halnet/Boycott (Kempen produk Israel: Rayuan kepada semua warga dunia). Pengenalan kepada laman sesawang ini cukup menarik. Ia berbunyi: “Sebagai warganegara di negara-negara kita, ada masa kita berasa begitu kecewa dengan ketidakadilan dasar-dasar kerajaan kita. Kita sering merasa tiada kuasa yang boleh menukar mereka kerana kerajaan dan ahli-ahli politik yang memerintah semakin tunduk kepada kepentingan korporat global dan perbankan”.

Namun bagaimanapun, ada satu senjata yang jika digunakan secara kolektif - bersatu boleh menghasilkan kuasa perubahan yang cukup positif berbanding perarakan, tunjuk perasaan dan demontrasi. Senjata itu ialah memboikot , memulau barangan tertentu secara sistemetik.

Seorang pemimpin buruh berbangsa Mexico-Amerika, Cesar Chavez menggunakan senjata itu dengan jayanya terhadap penanam anggur yang tamak di Alta California dan berjaya membela pekerja yang selama ini ditindas. Gerakan pemulauan produk anggur milik syarikat-syarikat tamak itu berjaya dilakukan atas sokongan padu rakyat seluruh dunia.

Hari ini, apabila masyarakat dunia mula menyaksikan tindakan barbarik pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin, kita sebagai individu mempunyai kuasa memilih untuk membeli sesuatu barangan atau langsung tidak membelinya.

Sekiranya semakin banyak pengguna seluruh dunia melakukan tindakan yang sama, tekanannya akan menjadi cukup kuat untuk mewujudkan kuasa perubahan yang positif. Setiap daripada kita boleh membantu dengan meminta ahli-ahli keluarga kita dan kawan-kawan kita melakukannya.

Saya meminta pembaca membuka laman sesawang itu untuk melihat senarai barangan – hasil penyelidikan rapi dan memperlihatkan hubungan syarikat itu dan orang-orang tertentu di dalamnya, yang membantu secara langsung atau tidak langsung dengan rangkaian Zionis dan juga kepentingan Yahudi Israel. (Senarai barangan juga boleh melalui laman sesawang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) http://www.muslimconsumer.org.my)

Jangan terperanjat kerana produk-produk yang disenaraikan merupakan barangan-barangan pujaan dan kesayangan anda semua. Dari tuala wanita kepada lampin bayi, kepada makanan kegemaran, kepada minuman pujaan, kepada pakaian berjenama sehinggalah kepada wangian yang sering disebut-sebut dan menjadi barangan wajib hadiah dan perkahwinan.

Demi, anak-anak Palestin yang dibunuh kejam, demi wanita-wanita Palestin yang sepatutnya meneruskan zuriat generasi bangsa yang tertindas itu, boikotlah barangan-barangan tersebut.

Sedarkah kita, hasil pembelian barangan-barangan yang kita makan, guna dan sanjung itulah yang menjadi peluru-peluru meriam, senjata-senjata berat serta teknologi canggih ketenteraan Israel yang meranapkan Genting Gaza dan rakyat Palestin pada masa ini.

Marilah kita semua rakyat Malaysia bersatu - tanpa mengira siapa kita untuk membantu melaksanakan kempen ini. Ingatlah bukan semua orang Palestin itu beragama Islam. Mereka juga beragama Kristian dan lain-lain. Oleh itu janganlah kita rakyat Malaysia menyembunyikan diri, berdiam diri dengan tidak berbuat apa-apa atas alasan ‘ia tiada kaitan dengan kepercayaan dan anutan kita’.

Mana dia candlelinght vigil yang sering dinyalakan oleh sesetengah daripada kita untuk menunjukkan tanda simpati dan berkabung? Berbanding dengan warga dunia negara-negara lain, tiada satu perhimpunan sebesar ala-sambutan tahun baru oleh kita untuk membantah pencerobohan tentera Yahudi itu.

Tiada NGO yang betul-betul bersatu untuk melancarkan gerakan raksasa bagi mengutuk tindakan ganas itu. Di negara-negara Barat berpuluh-puluh ribu rakyatnya keluar memenuhi di atas jalan raya untuk menunjukkan protes.

Jika itu bukan budaya kita, kita boleh mengambil pendekatan lain iaitu memboikot dan memulau. Cesar Chavez yakin tindakan memboikot ini akan menghasilkan satu ‘kuasa perubahan positif’ yang amat besar. Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang tindakan ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat kepada kapitalis terbabit. Walaupun ia juga akan memberi kesan kepada pengusaha tempatan yang mengedarkannya di sini – biar, asalkan prinsip-prinsip kemanusiaan diletakkan di tempat yang paling atas, mengatasi komersial.

Israel perlu diajar. Siapa yang akan mengajarnya? Kitalah. Tindakkan dan bertanggungjawab berada di dalam tangan kita. Jika bukan saya, bukan kita, bukan rakyat Malaysia, bukan warga dunia - seperti yang disarankan oleh laman sesawang itu dan jutaan laman yang lain - siapa lagi?

Selamat memboikot, selamat memulau barangan Israel, Yahudi dan syarikat yang bersekongkol dengannya.

Artikel ini dipetik dari ruagan CUIT
Utusan Malaysia 7-Januari 2009
Tulisan Zaini Hassan

boikot barang Israel

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks
Klik Di Sini Untuk Ke Artikel Terdahulu »