Bulan mengambang penuh di dada langit. Cahayanya yang indah tersebar di muka bumi ini, menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa. Dari keindahannyalah sang pujangga mendapat ilham untuk menulis bait-bait puisi, penulis mengindahkan karyanya dan pasangan kekasih menyemai rindu.
Melihat bulan mengambang penuh, terasa tangan ingin mencapainya. Ia kelihatan terlalu hampir, tapi tahukah anda, jaraknya 3,654,334 km […]
Suatu ketika dahulu ada seorang lelaki miskin memohon kerja daripada seorang pengusaha balak. Permohonannya itu terus diterima memandangkan dia mempunyai tubuh yang sasa. Lelaki itu ditawarkan gaji yang agak lumayan. “Bila saya boleh mula kerja, tuan?” lelaki tersebut bertanya.
“Sekarang!” balas pengusaha balak, kemudian menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam. “Kamu tebang pokok di hujung sana,” […]
Pagi itu seorang anak kecil tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Hari masih dingin. Di suatu sudut bilik, dia dapat melihat datuknya bersila kemas sambil memegang sebuah kitab. Suaranya mendayu-dayu, menusuk kalbu. Bibirnya melagukan butir kata yang tidak difahami.
Begitulah setiap hari. Bukan sahaja pada pagi-pagi begini malah kadang-kadang petang bahkan malam, datuknya akan membaca kitab tersebut dengan […]
Artikel yang baru anda baca tadi adalah pengalaman sebenar Dr. Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkin, Amerika Syarikat. Peristiwa Dr. Howard Kelly diberikan segelas susu berlaku semasa beliau mengembara ke Pennsylvania. Ketika itu dia masih belajar di sebuah kolej, tetapi belum menjuruskan pengajian dalam bidang perubatan. Beliau lebih berminat mengkaji tentang alam dan haiwan.
Sepanjang kerjayanya, Dr. Howard Kelly diingati kerana sifat pemurahnya. Beliau bukan sekadar tidak mengenakan bayaran malah turut menggajikan jururawat untuk menjaga para pesakitnya yang tidak berkemampuan. Dr. Howard Kelly juga biasanya menolak bayaran yang diberikan apabila mengetahui pesakitnya itu miskin dan hidup dalam kesulitan.
Apakah yang
Ada 2 biji benih yang gugur ke bumi dari induknya iaitu sepohon pokok Oak yang terkenal dengan kekukuhannya, ketegapannya dan ketinggian kualitinya. Namun, kedua-dua biji benih ini mempunyai sifat yang berbeza.
Biji benih yang pertama bersikap negatif, dia memikirkan bahawa dia tidak ingin bercambah dahulu, kerana dia takut akar-akarnya akan terluka melanggar batu-batuan yang keras, batangnya […]
Qeqebuah kumpulan atau organiqaqi itu adalah umpama meqin taip. Bagaimanapun, qeqebuah meqin taip walaupun maqih baru dan berkilat, akan menjadi tidak berguna jika qalah qatu daripada butang-butangnya roqak.
Qeperti yang diqebutkan tadi, qeqebuah kumpulan adalah umpama meqin taip. Qemua orang perlu bekerja. Qemuanya qama penting. Mungkin anda beranggapan, “Alah…aku hanyalah qeorang ahli - qeorang individu. Kalau […]
Lelaki kurus berambut kerinting halus dan hitam kulitnya, memetik piano seperti malam-malam sebelumnya. Jari jemarinya lincah, alunan lagunya sungguh mengasyikkan. Para pengunjung kelab malam khayal dibuai petikan pianonya yang lembut mendayu dan mereka bertepuk sorak sejurus lelaki kurus berkulit hitam menyudahkan persembahan.
Dari irama perlahan, lelaki kurus berkulit hitam mengalunkan irama rancak pula. Para pengunjung kelab […]