Berani Untuk BERUBAH Penentu KEJAYAAN

Date April 12, 2007

Para sahabat yang dikasihi.

“Jika kita mengubah pemikiran (minda) seseorang, kita mengubah kehidupan mereka” ~ William James

Perubahan merupakan satu perkara yang sukar untuk dihadapi, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak disenangi. Namun, tidak mustahil seseorang itu akan berjaya dengan berbekalkan dedikasi, keinginan, keazaman serta keupayaan menerima sesuatu yang baru dengan bijak. Dengan berfikiran positif, para usahawan itu mampu menjadikan cabaran itu sebagai satu peluang bagi dirinya. Berpegang atau hanya berserah kepada nasib seharusnya dielakkan kerana anda akan terus berada pada takuk yang sama selagi anda tidak berani berusaha untuk mengubah nasib anda kepada yang lebih baik.

Peribahasa “Rezeki secupak takkan jadi segantang” seakan tidak senonim dengan persekitaran masa kini yang penuh mencabar. Sekiranya kita masih berpegang pada prinsip-prinsip yang negatif dan berpendapat bahawa anda tidak mampu melakukannya, anda pasti gagal! Hadapilah cabaran itu dengan mengumpulkan maklumat serta mengambil tahu apakah sebenarnya yang berlaku.

Menceburi bidang perniagaan memerlukan anda sebagai usahawan berani untuk mengambil risiko, berani untuk menerima perubahan yang positif untuk diri anda serta berani dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Akan tetapi, berani sahaja tidak mencukupi sebagai bekalan anda untuk berjuang. Perancangan yang rapi, persediaan diri dan mentaliti yang positif adalah aspek yang perlu ada dalam setiap diri usahawan. Ia merupakan senjata yang memberi kekuatan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran serta pembakar semangat agar anda tidak mudah mengaku kalah. Setiap cabaran yang ditempuhi haruslah dinilai dengan bijak dan merancang pelan tindakan bagi memastikan anda tidak tewas kepada pencabar anda.

Kejayaan terletak pada diri anda sendiri. Andalah yang menentukan di mana anda hendak berada 5 tahun dari sekarang. Dengan usaha, keyakinan serta komitmen anda untuk berjaya, saya yakin kejayaan pasti menjadi milik anda!!! Adioss…

-JimieRay-

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

One Response to “Berani Untuk BERUBAH Penentu KEJAYAAN”

  1. ‘Perempat MLM’ atau ‘MLM Junkies’ | JimieRay Dot Com said:

    […] pemimpim MLM yang berjaya akan melaungkan prinsip kejayaan yang sama – tabah, usaha yang bersungguh-sungguh dan yang paling mustahak adalah kepercayaan yang […]

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>