Jangan Kamu Salahkan Sesiapa
March 28, 2008
Saya rasa sedikit terkilan apabila ditegur oleh seorang sahabat saya kerana tidak mahu mengajar beliau untuk buat perniagaan di internet. Bukan saya tidak sudi mengajar beliau, tetapi saya cuba tanya dia apa yang dia tahu tentang minisite, tahu tak ebook, tahu tak domain dan web hosting, ada email tak??? Jawapannya hampa, beliau tidak tahu langsung tentang perkara-perkara asas ini. Saya kata awak perlu belajar dan kenali perkara asas ini dulu.
Saya ingin berkongsi sedikit dengan anda tentang sejarah penglibatan saya dalam dunia internet ini hingga ke saat ini. Saya betul-betul bukan cobaan bermula dengan ZERO dalam dunia internet ini. Saya mengenali dunia komputer sekitar tahun 1997 kita bertugas di P.Jaya dalam bidang marketing. Ketika itu saya terlibat dengan tander-tander dan sebutharga yang di keluarkan oleh TNB. Itu pun saya hanya tahu setakat guna Microsoft Word & Excel sahaja.
Selitar tahun 1999 saya terserempak berkenalan dengan seorang guru yang bertugas di Sek Men Sultanah Asma, Alor Setar secara tidak sengaja. Kebetulan beliau adalah seorang guru komputer. Beliau bertanya kepada saya apa alamat email awak? Huhuu….terkedu saya semasa itu. Ketika itulah saya mula mengenali apa itu email dan secara tidak langsung dapat mengenali dunia internet ini. Hehee…Masa tu la saya mula belajar berchit-chat kat YM dengan beliau. Syyyy….jangan beritahu isteri saya.
Sekitar awal 2006 saya mula berjinak-jinak mengikuti dunia blogging dari blog Irfan Khairi. Ketika itu saya kerap menghabiskan masa saya di cybercafe untuk mempelajari blog dan perniagaan internet. Ketika itu jugalah saya berkenalan dengan blog SmartUsaha.com dan blog SaifulSham.com walaupun ketika itu mereka masih tidak mengenali saya.
Sehinggalah pada penghujung tahun 2006 SmartZul telah buat satu kejutan
dengan melancarkan ebook pertama beliau iaitu Pakej Blog Wordpress. Dari situlah saya belajar buat blog perniagaan sendiri hinggalah lahirnya blog yang kedua saya pada awal tahun ini. Pada bulan April 2007 juga saya telah mengikuti satu seminar perniagaan internet yang di jalankan oleh SmartZul di Kepala Batas, P.Pinang.
Semuanya saya bermula dengan ZERO, saya belajar sedikit semi sedikit. Hingga kini saya ada satu rahsia besar yang telah lama saya simpan. Ya, saya belum pernah lagi pecahkan rahsia saya ini kepada sesiapa pun kecuali SmartZul & Kak Tom saja yang tahu rahsia saya ini.
Hari ini saya ingin berkongsi satu rahsia ini dengan anda. Tapi, saya rasa anda tak perlulah mengikuti rahsia ini walaupun saya ingin juga berkongsi rahsia ini dengan anda. Tentu anda nak tahu jugakan….
Hingga ke saat ini saya memiliki satu teknik menaip yang mungkin tak akan ditiru oleh orang lain. Ya, terus terang saya katakan hingga kini saya hanya pandai menaip gunakan satu jari saja iaitu jari telunjuk kanan ini. Pelik bukan, tapi itulah kebolehan saya…
Nasib baik juga masih pandai lagi menaip dengan satu jari ini. Saya cuba juga menaip seperti orang lain tetapi tetap tidak menjadi, lebih banyak salah dari betul. Hehee… Kak Tom pernah berkata kepada saya dalam satu ruangan forum pembeli ebook SmartZul, “Jimie, Kak Tom rasa macam nak termuntah bila menaip macam Jimie”. Tetapi saya tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk saya tidak terus berblog. Mungkin selepas ini ada sesiapa yang boleh keluarkan satu ebook tentang teknik belajar menaip, sayalah orang pertama akan beli ebook tersebut.
Semasa saya mula berblogging sehingga kini saya menjadikan SmartZul sebagai mentor saya. (Selamat pengantin baru menyambut hari lahir yang ke26 Zul. Datang Penang nanti saya belanja susu kambing kat ‘Line Clear’
). Banyak ilmu dan teknik yang saya belajar dari beliau dengan secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terima kasih atas tunjuk ajar dari beliau.Disamping itu saya juga belajar dan sering mengikuti blog-blog dari ‘pakar ebiz’ yang lain seperti yang terpapar di ruangan sidebar sebelah kanan blog ini.
Jadi, kepada anda yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet, belajarlah dengan mereka. Banyak ilmu percuma yang boleh anda belajar dengan mereka. Yang pasti untuk mendapat ilmu yang lebih bermanfaat jangan kedekut untuk keluarkan modal untuk beli ebook atau pun mengikuti seminar yang mereka anjurkan. Saya pun dalam proses untuk mengikuti satu lagi seminar pada bulan July nanti. Insyaallah.
Sebelum saya nak masuk tidur mengakhiri post kali ini, saya ingin berkogsi satu cerita donggeng pendek ini untuk dijadikan renungan kita bersama. Semuga pengorbanan yang kita lakukan sekarang menjadikan satu kejayaan yang amat berguna kepada kita suatu hari nanti.
Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga dibuat daripada marmar. Para pengungjung yang datang dari seluruh dunia memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut…
Lantai marmar :
Patung…ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan memuja-muji diri kamu? Tak adil!Patung marmar :
Sahabatku…masihkah kamu ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?Lantai :
Ya, aku ingat! Sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza!Patung :
Kalau begitu, masih ingatkah engkau saat seorang pengukir datang untuk mengukir diri kamu, tapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan-peralatan yang digunakannya?Lantai :
Ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu! Dia menikam, mengetuk dan memecahkan badan aku! Ia sungguh menyakitkan!Patung :
Betul, itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir diri kamu.Lantai :
Jadi…???Patung :
Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan jadi suatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi, aku relakan diriku untuk dilakukan apa saja olehnya, sekalipun seluruh badan aku berasa amat sakit sekali. Sahabatku… kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kamu itu…
Salam kejayaan. Jumpa lagi. Adioss…
~JimieRay~


















Posted in 





content rss

March 29th, 2008 at 8:31 am
Jimie, Saya juga bermula dari 0. Dan saya mula belajar menaip pun menggunakan 1 jari. Saya mula mengenali (menggunkn) komputer pada tahun 1999. Dan belajar mic work dll pada tahun 2001. Masa tu umur sy 18 tahun. Malulah jugak kerana zaman sy ni semua org dah tahu guna kompter sejak sekolah rendah lagi! Sy mula berjinak2 dengn perniagaan internet apabila keluar citer Irfan Khairi jd jutawan. Hampir 2 tahun saya belajar. Saya beli buku2 periagaan internet, sy beli ebook dan pelajar step by step kat cyber cafe. Alhamdulillah, sekarang sy dh menguasai beberpa perkara penting dlm perniagaan ini.
Jimie, nampaknya awk menaip seperti seorang sahabat blogger kita, kasimselamat. Ada sorg kwn sy, dia disuruh menaip tanpa melihat keybord oleh kakaknya, jika lihat, jarinya akan dirotan. Dari situlah saya belajar menaip, saya mendisiplinkan diri supaya belajar menaip menggunakan semua jari dan tanpa melihat keybord. Walaupun masih tak berjaya sepenuhnya, tapi semua jari macam dah aktif, Alhamdulillah…
March 29th, 2008 at 9:44 pm
Wan, permulaan dulu pun saya sering belajar guna komputer dan internet ni di cybercafe saja. Sekarang ni Alhamdulullah, saya dah boleh kuasai perkara2 asas seperti yang Wan cakapkan.
Insyaallah, lepas ni nak kena belajar teknik menaip dengan lebih betul lagi.
March 31st, 2008 at 8:47 pm
first. salahkand diri sendiri. lepas tu, nak salahkan orang lain. Terpulangla..
April 3rd, 2008 at 9:17 pm
jangan salahkan sesiapa sebaiknya cari jalan penyelesaian daripada menyalahkan sesiapa..
P:S wah…comment pertama kat blog otai ni
April 6th, 2008 at 11:17 am
salam saudara jimieray. tak kisah la kalau kita masih lagi menaip guna satu jari, yang penting ada kesungguhan dan keingainan itu dah cukup dan penting. chaiyok bro ! (^_^)
April 7th, 2008 at 1:15 am
Tahniah Jimie. Tak ada apa2 yg saya nak komen kat sini.
Cuma kesungguhan dan kerelaan Jimie tu lah yg membuatkan Jimie terus mengorak langkah ke hadapan.
Semua orang boleh tanam impian indah2 dan besar2, tapi tak semua orang rela berusaha bermati-matian.
Nak seribu daya.
ps. Tak tau la bila nak ke Penang. Rindu la kat Line Clear.
April 7th, 2008 at 10:11 am
Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.. tidak ada kejayaan datang bergolek, mesti disertai dengan usaha dan ikhtiar.. kalau nak mudah je susahla.. sy pun smpai la ni msh lagi nak blajar lagi..byk try n error..cuma skrg agak slow skit cz kebizian melanda.. tp usaha akan ttp diteruskan.. insyaallah.. kemahiran datang melalui pengalaman..
April 8th, 2008 at 2:04 pm
Samala dengan saya.. saya mula belajar dari buku Irfan Khairi dan Rosli Jamal.. dari situ saya mula mengorak langkah sedikit demi sedikit.. alhamdulillah saya berjaya membina perniagaan internet sendiri.. sekrang sedang memperkembangkan dan meluaskan lagi empayar.. heheheh
April 9th, 2008 at 10:56 pm
Salam Jimie, maaf lama tak ke sini….betul2 tak ada ruang.
Memang ktom tabik spring kat Jimie…betul spt kata Zul, nak seribu daya..Syabas Jimie…
April 12th, 2008 at 4:39 pm
kini trend blogging telah menjadi satu phenomena yg di gemari ramai pengguna internet , ianya kini bukan lagi di lihat sebagai platform meluahkan idea dan pandangan secara suka-suka atau hobi malah ia boleh menjana pendapatan yg serius bagi mereka yg bijak mengeksploitasi kelebihannya.
Ayuh semua… Jadikan Internet Sumber Pendapatan Anda
Jangan jadikan apa sebarang alasan menghalang kejayaan anda
Tiada jalan pintas untuk berjaya..
selamat berjaya..
May 5th, 2008 at 9:36 pm
Salam buat Jimie..Saya amat teruja dengan cerita anda.Saya ingin menjadi seperti anda dan akan berusaha untuk mencapai seperti anda.Salam kejayaan buat anda.
June 15th, 2008 at 5:10 pm
cermin yang terbaik utk kita adalah musuh kita, kawan sukar nak memberi pandangan yg jujur