Pada dasarnya tujuan meneroka perniagaan jualan langsung @ MLM (Multi Level Marketing) adalah untuk memperolehi pendapatan sama ada pendapatan sampingan ataupun menambah kekayaan. Namun, bagi usahawan yang sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan ini dan berjaya pula mengecapi kejayaan daripadanya, mereka melihat MLM dari perspektif yang berbeza. Pembabitan mereka dirasakan lebih kepada membantu mengeratkan perhubungan sesama insan, mempertingkatkan pembangunan diri, selain dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Dianggarkan, sekitar 4 juta orang atau satu daripada enam orang penduduk negara ini terlibat dalam jualan langsung. Malah, kedudukan perniagaan ini di Asia ialah di tempat keempat selepas Jepun, Korea dan Taiwan dan di tempat ke 11 di dunia dengan pendapatan RM1.3 bilion. Masih banyak ruang dan peluang untuk industri ini terus berkembang.

Ini kerana 47 syarikat jualan langsung tempatan berjaya menembusi pasaran luar negara, dengan pendapatan berjumlah RM352 juta. Angka ini dijangka terus meningkat di antara 20 dan 30 peratus setiap tahun. Ini menunjukkan industri MLM di negara ini kian berkembang. Perkembangan syarikat jualan langsung dalam negara juga agak memberangsangkan. Bagaimanapun, tidak semua syarikat berkenaan adalah yang berasaskan MLM. Ada di antaranya berasaskan (SLM) Single Level Marketing.

Bagaimanapun, kini syarikat MLM lebih mendapat tempat di hati mereka yang ingin menceburi diri dalam perniagaan jualan langsung kerana pelan pemasarannya akan memberi lebih faedah kepada usahawannya. Pelan pemasaran itu sendiri berbeza di antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Terpulang kepada usahawan itu sendiri menentukan pelan pemasaran pilihan mereka. Adioss…
-JimieRay-

PS - Jumpa lagi dengan ciri-ciri dan kelebihan MLM di post yang akan datang.

PSS - Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks