19 Nov
Posted by: JimieRay in: Usahawan MLM, Skim Cepat Kaya, Usahawan Internet, MLM Sebenar
Sahabat usahawan yang dihormati
Dalam industri Multi Level Marketing @ MLM, mentaliti “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” teramat mudah diamalkan. Mentaliti sebegini lazimnya menyebabkan seseorang pengedar itu sentiasa tertarik dengan setiap syarikat baru yang menjanjikan status pelopor atau kejayaan yang segera. Hasilnya lahirlah golongan yang dikenali sebagai “Perempat MLM” atau “MLM Junkies”
‘Perempat MLM’ adalah golongan yang tiada matlamat yang teguh, merantau tanpa halatuju dan hilang focus. Mereka tidak akan faham apa itu erti kejayaan.
Untuk berjaya dalam MLM, kita perlukan matlamat yang mantap. Sekiranya kita memberi 100% penumpuan usaha kita dalam satu syarikat, kebarangkalian untuk berjaya adalah besar. Andainya usaha itu dibahagi dua maka kejayaannya sudah dikurang 50-50 dan sekiranya kepada 3 atau 4 syarikat, maka sudah pasti menempah kegagalan.
Setiap pemimpim MLM yang berjaya akan melaungkan prinsip kejayaan yang sama – tabah, usaha yang bersungguh-sungguh dan yang paling mustahak adalah kepercayaan yang tinggi. Elemen-elemen inilah yang melahirkan pemimpin MLM yang berjaya, dihormati dan disegani. Mereka yang mempunyai impian dalam hidup akan ranap impiannya sekiranya mengikut jejak langkah “Perempat MLM’
Kebanyakan orang gagal mengenal pasti jalan sebenar untuk mencapai kejayaan yang berkekalan dalam satu-satu MLM perlu memilih satu syarikat yang dipercayai dan berusahalah bersungguh-sungguh. Perniagaan ini telah berjaya memberi peluang dan kehidupan baru kepada ramai orang tetapi ianya memerlukan 100% komitmen daripada anda!
Jumpa lagi. Adioss…
~JimieRay
2 Responses
‘Perempat MLM’ atau ‘MLM Junkies’ | MLM Opportunity
19|Nov|2007 1[…] You! Are A True Leader For Us All! - MySpace Blog wrote an interesting post today onHere’s a quick excerptDalam industri Multi Level Marketing @ MLM, mentaliti “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” teramat mudah diamalkan….Elemen-elemen inilah yang melahirkan pemimpin MLM yang berjaya, dihormati dan disegani….Kebanyakan orang gagal mengenal pasti jalan sebenar untuk mencapai kejayaan yang berkekalan dalam satu-satu MLM perlu memilih satu syarikat yang dipercayai dan berusahalah b ersungguh-sungguh….Setiap pemimpim MLM yang berjaya akan melaungkan prinsip kejayaan yang sama –… […]
radzi
07|Oct|2009 2SCOREA elearning business
sertai scorea business untuk menbantu pelajar mencapai kecermerlangan sambil menjana pendapatan lumayan.
hubungi saya untuk ekterangan lanjut - radzi (013-4372508)
Leave a reply