Semenjak kebelakangan ni terdapat banyak skim cepat kaya atau pelaburan e-commerce di perkenalkan. Kononnya dengan pelaburan sedikit melalui internet boleh dapat beribu-ribu sehari. Boleh pakai kereta mewah, boleh selesaikan masalah kewangan dengan memberi contoh2 dan testimoni orang yang telah berjaya.
Tetapi adakah itu ternyata benar??? Atau permainan sandiwara mereka yang tidak bertanggungjawab? Dengan mengedar risalah yang boleh mempengaruhi sebilangan besar mereka yang tak mahu dan tak tahu berfikir panjang apakah akibatnya dan risiko yang akan dihadapi oleh generasi bangsa dan negara pada masa hadapan.
Dengan slogan tak perlu cari orang, tak perlu guna barang, tak perlu maintain…duduk diam2, goyang kaki di rumah duit masuk.
(Hanya tukang jahit jer goyang kaki dapat duit) Bayangkan jenis perniagaan apakah itu? Tapi inilah jenis perniagaan dan pelaburan yang ‘mereka’ gemar sertai dan mudah terjebak.
Itu belum masuk bab hukum hakam lagi, mau panas telinga dan bertegang urat nak betulkan fakta. Kata ustaz Zaharuddin, sah atau tidak sesuatu pelaburan ini di sisi undang-undang, itu BUKAN PERSOALANNYA, tapi hakikatnya kita perlu tahu ia halal ATAU haram? Katanya lagi, kilang arak Carlsberg di Malaysia ni (yang dekat PJ tepi lebuhraya Persekutuan tu…) sah di sisi undang-undang negara, TAPI arak tetap HARAM dalam Islam (syari’at).
Bab-bab hukum ni saya bukan layak untuk memperkatakannya tapi dah ada ulamak kita telah menyuarakan saban hari di dada akhbar so, kenapa kita masih mempertikaikannya lagi.
Boleh layari laman web : http://www.zaharuddin.net
Apa yang saya perkatakan ini adalah sejenis (sewaktu dengannya) pelaburan di internet atau di gula-gulakan dengan nama MLM @ bisnes e-cormmerce. Bukan MLM yang sebenar yang ternyata telah ramai dapat mencipta pendapatan dengannya. Ini dua perkara yang cukup berbeza tetapi yang menjadi mangsa adalah mereka yang mengusahakan MLM sebenar yang terpalit sama.
Mari kita sama-sama fikirkan, marilah kita sama-sama renungkan. Kalau dah ada ulamak telah menyatakan hukumnya haram adakah kita akan meneruskannya lagi??? Ingat, rezeki yang kita cari ini untuk anak2 kita, untuk keluarga kita. Tepuk dada tanya iman… (jangan tanya Aiman…nanti Aiman kata “Aiman tak kisah….”
)
Harap pihak berwajib dapat memantau dan membenteras skim ini kerana sekiranya di biarkan bayangkanlah akan kemusnahan masa depan generasi dan negara apabila sindrom malas bekerja di kalangan bangsa Melayu khususnya. Jumpa lagi. Adioss…
P.S – Anda juga boleh dapatkan pandangan dan rujukan dalam blog SmartZul dan SaifulSham.
P.S.S – Juga dapatkan tips bagaimana mengenali skim cepat kaya di blog Ro.botys. Adioss…
-JimieRay-








