Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Bukan apa, saya nak bagi peluang anda tengok puas-puas gambar ebook yang telah lancar tu… Sebenarnya dalam seminggu ni saya berikan tumpuan lebih sikit kepada isteri blog terbaru saya. Sudahkah anda dapatkan ebook tersebut? Kalau belum, jangan lepaskan peluang, mana ler tahu…nanti saya ubah fikiran pula untuk letakkan harga. Bila dah dapat ebook saya tu secara automatik anda layak menyertai Pertandingan Cabaran JagaKesihatan.com. Lumayan juga hadiahnya. Kepada semua peserta cabaran, ada suatu kejutan yang saya akan umumkan nanti. Jadi, teruskan promosi anda. Cabaran semakin sengit sekarang ini.
Baiklah, saya tak nak ulas panjang-panjang tentang cabaran tersebut kerana anda boleh ikuti di blog Jaga Kesihatan. Pada kali ini saya ingin bicarakan sedikit pengalaman saya tentang projek pertama saya tahun ini iaitu pelancaran ebook Jaga Kesihatan.
Sebenarnya pada pagi pelancaran ebook tersebut hati saya begitu berdebar-debar sekali kerana takut ebook itu tiada sambutan. Ya la…ini ebook pertama lagi pun niechenya amat berbeza sekali, tiada kena mengena dengan perniagaan internet. Tetapi bila di kaji balik serta pandangan mentor saya, saya akui ebook tersebut amat sesuai untuk semua golongan tak kira lelaki mahupun wanita.
Pada malam sebelum pelancaran saya berchit-chat melalui YM dengan mentor saya sehingga hampir jam 2.30 pagi bagi merancangkan bagaimana proses pelancaran ebook tersebut pada jam 10 pagi (Khamis 3-Jan-2008). Berkali-kali kami buat test drive (cubaan) sistem supaya pada hari pelancaran tidak berlaku masalah.
Pada pagi tersebut juga berkat bantuan mentor saya serta rakan-rakan JV saya yang sudi buat satu pengumuman serentak tepat pada jam 10 pagi di blog masing-masing akhirnya saya lihat dalam masa sejam trafik dah mula masuk ke laman web tersebut. Dalam masa 12 jam ebook tersebut di lancarkan sudah melebihi 100 orang yang telah download ebook itu. Ini cukup memberangsangkan dan telah melebihi target saya untuk hari pertama sahaja.
Terima kasih tak terhingga kepada mentor saya (JV utama) dan rakan-rakan JV yang lain kerana sudi bekerja sama dengan saya untuk menyebarkan ebook yang cukup berfaedah itu. Jasa anda tetap dikenang dan tak akan di lupakan.
Di post saya yang akan datang, saya ingin berkongsi sedikit dengan anda bagaimana tercetusnya idea saya untuk mewujudkan blog Jaga Kesihatan itu. Dan saya juga menyeru kepada anda untuk sebar-sebarkan kepada sesiapa saja tentang kewujudan blog tersebut demi kempen gaya hidup sihat untuk kebaikan kita bersama.
Jumpa lagi. Adioss…
~JimieRay~
2 Responses
lindosh
17|Jan|2008 1kempen jaga kesihatan ye? bagosnya wat blog camtu.. jarang lak skang org nak khaskan pasal kesihatan neh.. troskan usaha.. caiyok2! :p
Noorizam
21|Jan|2008 2nak jadi affiliate produk saya tak bro?
Leave a reply