Ebook Jaga Kesihatan Dilancarkan

Date January 3, 2008

Seperti yang dijanjikan kepada anda sebelum ini, akhirnya siap juga projek yang saya rancangkan selama ini. Kini, saya lancarkan ebook percuma iaitu Ebook Jaga Kesihatan untuk blog terbaru saya.

 

Ebook Jaga Kesihatan Percuma

Anda boleh download ebook percuma Jaga Kesihatan ini sekarang di laman web berikut :

http://jagakesihatan.com

Sempena pelancaran ebook percuma ini juga, saya melancarkan satu cabaran JimieRay atau dikenali sebagai ‘Pertandingan JagaKesihatan.Com’. Sila dapatkan info dan syarat-syarat tentang pertandingan ini bila anda mendaftar untuk download ebook tersebut. Yang pasti pelbagai hadiah yang menarik bernilai lebih RM457.00 telah disediakan untuk dimenangi oleh para peserta pertandingan!

Sekiranya anda ada sebarang masalah seperti tak dapat download, ebook tak boleh dibuka dan sebagainya, sila nyatakan di ruang komen post ini atau boleh email saya melalui ruangan ‘hubungi kami’.

Semuga ebook tersebut dapat memberi manfaat yang cukup berguna kepada anda sekeluarga. “Kesihatan umpama sahabat, kehilangannya dirasai bila ianya telah pergi…”. Jumpa lagi. Adioss…

~JimieRay~

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Ebook Percuma Sempena Tahun Baru 2008

Date January 2, 2008

Salam sejahtera dan jumpa lagi di post yang pertama tahun 2008. Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2008 kepada pengunjung blog JimieRay Dot Com. Semuga anda bertambah ceria untuk menghadapi 2008 dengan semangat yang baru.

Hari ini post saya pendek dan ringkas jer. Untuk makluman anda, sempena kedatangan tahun 2008 ini saya ada sesuatu istimewa yang akan saya berikan kepada anda… sudah tentulah berupakan ebook percuma dari saya. Jadi, saya akan lakukan perlancarannya pada pagi besok Khamis 3 Januari 2008 jam 10 pagi. Jangan lupa besok pagi anda perlu ke blog ini untuk dapatkan link download ebook tersebut.

Sempena perlancaran ebook ini juga satu cabaran akan saya lancarkan di kenali sebagai Cabaran JimieRay. Anda di jemput menyertai cabaran itu, yang pasti ada hadiah istimewa menanti anda di akhir cabaran tersebut.

Baiklah, jangan lupa dapatkan hadiah istimewa dari saya besok pagi semestinya dari blog JimieRay Dot Com. Saya perlu menyelesaikan sedikit kerja lagi bagi memudahkan anda menyertai Cabaran JimieRay nanti.

Jumpa lagi. Adioss…

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Terciptanya Sejarah

Date December 30, 2007

Salam bahagia dan jumpa lagi.

Semuga anda bertambah ceria hari ini bagi menanti detik kedatangan 2008 nanti di samping meninggalkan tahun 2007 dengan penuh kenangan terindah. Dan juga semuga anda dapat bersyukur dengan apa yang anda lalui sepanjang 2007 ini.

Apa maknanya tajuk post saya pada hari ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa pada hari minggu lepas (Ahad 23hb Dis 2007) satu sejarah peribadi telah tercipta untuk diri saya. Walau pun sejarah yang tercipta pada hari tersebut tidaklah sebesar mana tetapi cukup memberi kesedaran kepada saya bahawa sekiranya kita yakin dapat melakukan sesuatu pasti kita akan dapat melakukan. Tentu anda ingin tahukan…

Pada hari tersebut saya telah diamanahkan untuk meminang seorang gadis. Huu..huu…Bukan meminang untuk saya tau. Sebenarnya adik ipar saya telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurucakap pada majlis peminangan tersebut. Terkejut juga saya sebulan sebelum tarikh itu apabila isteri cakapkan kepada saya. Apakah sudah tiada orang tua-tua untuk uruskan semua ini. Setelah diterangkan kepada saya bahawa adik ipar saya mahu kami sekeluarga menjadi saksi untuk majlis bersejarah tersebut, akhir saya mengambil keputusan untuk menerima tanggungjawab itu. Puas juga la dua tiga hari saya berjumpa dengan orang yang berpengalaman untuk mendapatkan tips… :)

Akhirnya pada tarikh yang ditetapkan kami sekeluarga ditemani bapa dan ibu mertua dan ipar duai saya bertandang kerumah bakal pengantin perempuan. Selepas sedikit sessi bertanya khabar saya mulakan majlis dengan merisik kepada bapa sigadis tersebut sekiranya bunga yang sedang mekar di rumah tersebut dah berpunya atau belum… Setelah mendapat persetujuan akhirnya saya terus meminang untuk adik ipar saya dan kami memberi tempoh dalam masa 3 hingga 6 bulan akan melangsungkan perkahwinan mereka.

Tahniah dan Selamat Bertunang kepada adik ipar saya Rosman Mahadi dan Cik Masita dari Sungai Dua, Sg. Nibong P.Pinang. Kedua-duanya sedang bekerja di Kilang Intel, P.Pinang. Semuga dapat menempuh dunia pertunangan dengan penuh sabar dan ketenangan.

 

Majlis Meminang

*Pssstt : Saya tiada dalam gambar tu tau… :) Anak saya dua orang yang di depan tu & isteri saya bertudung biru no 3 dari kiri bersama ipar duai kami.

Walaupun majlis itu sederhana saja tetapi cukup meriah kerana dihadiri oleh semua keluarga sebelah isteri saya. Insyaallah, pada tahun depan (2008) mertua saya akan menerima seorang lagi menantu dan juga bakal menerima dua orang cucu setelah menerima dua orang menantu serentak pada pertengahan tahun ini. Inilah indahnya perkahwinan kerana setiap tahun bila sesuatu keluarga itu akan bertambah dan membesar… Bagi yang belum kawin tu cepat-cepatlah melaksanakannya.

Jadi, pada hari tersebut maka terciptalah satu sejarah peribadi kepada saya sendiri yang saya tidak sangka sama sekali. Bila direnung-renung kembali…rupa-rupanya dah tua umur aku. Hehee... :)

Kini, setelah hampir setahun saya ceburkan diri dalam dunia blogging satu lagi sejarah akan tercipta untuk dunia blogging saya. Tentu anda ingatkan tentang projek terbaru saya. Semuanya sedang berjalan dengan lancar. Besar kemungkinan saya akan lancarkan pada hari rabu nanti. Cuma sekarang kami sedang selesaikan sedikit masalah teknikal bagi memudahkan anda mendownload ebook percuma itu. Nantikan maklumat lanjut tentangnya di blog saya dari masa kesemasa.

Selamat menyambut tahun baru. Jumpa lagi. Adioss…

JimieRay

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Salam Aidil-Adha

Date December 19, 2007

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

Huhh…dah malam raya malam ni, maafkan saya kerana terlewat untuk buat post terbaru minggu ni. Ingatkan lepas balik bercuti saya akan buat post terbaru mengenai perkembangan projek terbaru saya. Tapi disebabkan dengan kekangan kerja, tambah-tambah cuti banyak sangat di penghujung tahun ni terpaksalah saya kena siapkan dulu kerja-kerja office yang bertimbun ni. Lagi pun saya ni sering online menggunakan laptop di kedai mamak yang ada wifi saja lagi la terhad banget… :)

Walau bagaimana pun kepada anda yang sering melepak bertandang ke blog ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf zahir dan batin. Semuga kita sama-sama menghayati erti pengorban yang sebenar. Satu pesanan penaja dari saya kalau makan daging tu jangan makan terlalu banyak sangat. Kesihatan kena juga jaga kerana ‘Kesihatan Asas Kehidupan‘.

Berbalik kepada perkembangan projek terbaru saya, nampaknya setelah berbincang dengan rakan JV saya akhirnya saya buat keputusan untuk tunda ke minggu terakhir 2007 ini. Hasil pengalaman rakan JV saya beliau mengatakan bahawa tarikh yang saya cadangkan itu agak terhad atau tak berapa sesuai kerana musim waktu cuti tu banyak sangat. Ya laa…musim cuti-cuti malaysia ni kan, berapa banyak sangat orang nak online. Tambah-tambah bila dah sibuk pergi beraya ni, jadi kesian la kepada anda yang menyertai cabaran tu…tentu tak adilkan. Tapi anda jangan risau mengenai cabaran JimieRay tu kerana hadiahnya tetap tidak berubah.

Jadi, tunggukan pengumuman dari saya di post yang akan datang. Jam dah pukul 9 malam ni… nak balik tolong wife buat ketupat pula…He..hee.. :) Besok pagi lepas sembahyang raya baru nak balik kampung saya di Alor Setar. Harap-harap kat sana tak banjir… Jumpa lagi. Adioss…

~JimieRay~

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks