2007 Semakin Hampir Meninggalkan Kita, Kesibukan Melanda

Date December 9, 2007

Salam sejahtera dan jumpa lagi. Semuga anda semua terus sihat dan setia mengunjungi blog ini lagi. Tentu anda semua sudah baca posting saya yang lepas tentang satu cabaran atau pertandingan yang akan saya anjurkan pada 18hb nanti. Kalau belum baca, sila baca kembali di post yang lalu disini…Sila Klik!

Sebenarnya ikutkan pengiraan bulan Disember ini adalah bulan yang cukup-cukup sebuk bagi saya kali ini. Pertamanya ada 4 orang bapa/emak sedara yang ke Mekah untuk tunaikan Haji. Alhamdulillah mereka semua sudah selamat sampai ke Tanah Suci. Doa saya semuga mereka akan dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Terasa sayu dan hiba juga saya semasa hantar mereka ke tabung haji itu hari. Ya la…ikut perancangan arwah bonda saya akan ikut serta bersama mereka. Jadi semasa hantar mereka ke sana saya terasa seperti bonda saya ikut serta juga. Masa itu tak terasa air mata saya tergenang dan sayu teringatkan bonda saya. Alfatihah untuk bonda tersayang.

Yang kedua kesibukan ini datang disebabkan musim cuti sekolah ni banyak sangat orang kenduri kawin. Huu..huu… Yang belum kawin tu cepat-cepat la kumpul duit untuk kawin. Tak tahu nak kumpul anda perlu belajar kumpul duit kawin kat sini…

Yang ketiga, setiap bulan Disember ni adalah bulan saya menyambut ulangtahun perkahwinan saya. :) Tahun ini adalah ulangtahun yang kesebelas. Fuhh…sekejap jer tak terasa dah 11 tahun berlalu. Selalunya setiap tahun saya dan isteri akan bawa anak-anak keluar bercuti bersama sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari. Tahun ini kami pilih tempat yang dekat jer tapi belum pernah sampai lagi. Jadi ketika anda baca blog ini (10-13 Dis) saya sudah dan sedang bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Kalau ada sesiapa pembaca blog ini kesana dalam sehari dua ni cuba-cuba la intai-intai saya kat sana. He..hee… :)

Yang keempt, pada 18hb ini saya akan melancarkan satu projek terbaru saya. Projek yang pertama pulak tu, berdebar-debar juga ni, hinggakan mengigau-ngigau kat tempat tidur dok fikirkan tentang projek ni. :) Nasib baiklah saya dapat bantuan @ JV dengan salah seorang IM Malayia. Tanpa beliau tentu terkebil-kebil juga saya nak mulakan projek ini. Terima kasih tak terhingga untuk beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya macamana nak mulakan projek ini. Tantu anda nak tahu siapa beliaukan…. Takpe, ditulisan saya yang akan datang saya akan dedahkah kepada anda siapa rakan JV pertama saya ini. Yang pasti orangnya cukup terkenal dikalangan USAHAWAN INTERNET MALAYSIA.

Pada 20 Dis ni kita akan sambut hari raya Aidi-Adha pula. Tentu anda sedang berkira-kira untuk cuti dan pulang ke kampung. Dikesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda semua yang akan pulang ke kampung supaya berhati-hatilah semasa memandu. Yang penting semasa sambut hari raya tu kena beringat-ingat sama tentang makanan. Jangan makan terlalu banyak sangat daging korban tu…nanti boleh mengundangkan penyakit. Kesihatan kena jaga juga kerana ‘Kesihatan Asas Kehidupan’.

Dan, pada minggu-minggu terakhir Disember maka ibubapa yang ada anak nak bersekolah tu tentu makin sibuk untuk persiapan anak nak bersekolah. Tambah-tambah kalau ada yang tak dapat bonus, mau awal tahun depan kena puasa awal. Hee..hee… :)

Jadi, saya tak nak menaip berceloteh panjang lagi. Semuga anda semua dah bersedia melakuan perancangan untuk perjalanan 2008 nanti. Yang pasti bagi saya tahun 2008 adalah fassa bermulanya saya dalam perniagaan internet. Setelah hampir setahun saya belajar berblogging (kerana saya memang berasal dari golongan yang tidak pandai IT - orang kata belajar godek-godek dulu :) ) kini JimieRay baru bermula!

Jumpa lagi. Adioss….

Ps - Disebabkan tarikh hari raya Aidil-Adha berdekatan dengan tempoh pelancaran projek terbaru saya (18hb Dis) besar kemungkinan saya akan tunda projek terbaru itu. Nanti, saya cuba cari ilham dulu masa kat Bukit Merah ni. (Fuhh…macam Pak Lah cari ilham nak tentukan Pilihanraya Bersih pula. Hee..hee…)

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Cabaran JimieRay dan Matlamat 2007

Date December 6, 2007

Salam sejahtera dan jumpa lagi.

Huu..huu… Kita sudah berada di penghujung 2007. Nampaknya countdown 2008 akan bergema lagi. Tentu sekarang ada yang berkira-kira untuk menetap matlamat baru untuk 2008. Bagaimana dengan matlamat anda untuk 2007? Sekiranya belum ada yang tercapai lagi jangan risau, anda masih ada 25 hari lagi untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya tak sempat apakata anda perbaharui matlamat tersebut untuk 2008 nanti.

Bagi saya ada satu lagi matlamat untuk 2007 akan yang belum tercapai tapi Insyaallah, saya akan capaikan pada 18 hb nanti. Ya!…Pada 18hb nanti saya akan lancarkan satu projek terbaru saya. Sempena pelancaran projek terbaru ini saya menjemput anda menyertai satu cabaran yang saya namakan Cabaran JimieRay :)

Kepada anda yang mempunyai blog, saya jemput anda sertai cabaran ini, tapi anda perlu ikuti cara dan syarat seperti berikut:

  1. Layari URL yang saya akan umumkan nanti.
  2. Daftarkan diri anda untuk menjadi Affiliate. (Affiliate bertempuh)
  3. Dapatkan link Affiliate tersebut.
  4. Promosikan link Affiliate tersebut kepada sesiapa sahaja selagi mana anda tidak melakukan SPAM.

Pemenang akan dikira berdasarkan sesiapa yang dapat bawa link terbanyak untuk download ebook percuma dari saya. 8 orang pemenang bertuah akan menerima hadiah seperti berikut :

  1. Pemenang pertama akan menerima barangan yang bernilai RM100.00
  2. Pemenang kedua akan menerima barangan yang bernilai RM80.00
  3. Pemenang ketiga akan menerima barangan yang bernilai RM60.00
  4. 5 hadiah saguhati setiap seorang akan menerima barangan yang bernilai RM30.00

Kepada anda yang sering singgah di blog ini jangan lupa menyertai cabaran saya. Ini merupakan hadiah saya kepada anda untuk penutup tahun 2007. Cabaran ini adalah cabaran bertempoh di mana saya akan buka cabaran ini selama sebulan dari tarikh pelancarannya. Diharap anda akan terus ikuti perkembangan cabaran ini yang akan umum di post yang akan datang. Jumpa lagi. Adioss.

~JimieRay~

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Apabila Tabiat Buruk Menguasai Diri

Date November 26, 2007

Satu hari seorang guru mengajak anak murid kesayangannya berjalan-jalan di pinggir hutan. Sebelum menuju ke tengah belantara, si guru mengarahkan supaya muridnya berhenti dan mencabut sebatang anak pokok. Tanpa sebarang masalah, murid kesayangannya itu menarik anak pokok tersebut dengan ibu jari dan telunjuknya hingga tercabut semua akarnya yang masih lembut dan putih bersih. Terlalu mudah.

Mereka berjalan lagi, kali ini si guru menyuruh muridnya mencabut sebatang pokok setinggi lutut. Murid yang patuh tanpa sebarang soal menuruti perintah gurunya. Hanya dengan sekali rentap menggunakan sebelah tangannya, tercabutlah pokok itu dengan akar-akarnya sekali yang berwarna coklat muda.

Pokok ketiga pula diarahkan guru dicabut. Bersusah payah juga muridnya yang taat itu mencabut pokok yang sudah setinggi dirinya. Si murid mengambil masa hampir lima minit untuk mencabut pokok berkenaan, hingga menitik peluh di dahi. Usahanya berhasil, tapi beberapa batang akar pokok berkenaan terputus, terus terbenam di dalam tanah, tak mungkin dapat dicungkil keluar.

“Sekarang cabut yang ini pula,” kata si guru, mengarahkan muridnya mencabut sebatang pokok lain yang lebih besar.

“Tak boleh cikgu, besar sangat,” kata si murid. Pokok itu bersaiz sepemeluknya. Akarnya sebesar paha berlingkar-lingkar dan menjangkau jauh ke dalam tanah.

Si guru hanya tersenyum. “Cikgu tau kau takkan mampu untuk mencabutnya. Malah cikgu pun takkan terdaya lakukannya. Tapi itulah contoh bagaimana jadinya kalau kita biarkan tabiat buruk berkuasa dalam diri kita. Masa kita masih kecil kita dengan mudah dapat mengikis dan membuangnya, tapi bila tabiat buruk itu sudah menjadi darah daging, sudah sebati dengan diri, kita takkan mampu membuangnya lagi.”

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

‘Perempat MLM’ atau ‘MLM Junkies’

Date November 19, 2007

Sahabat usahawan yang dihormati

Dalam industri Multi Level Marketing @ MLM, mentaliti “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” teramat mudah diamalkan. Mentaliti sebegini lazimnya menyebabkan seseorang pengedar itu sentiasa tertarik dengan setiap syarikat baru yang menjanjikan status pelopor atau kejayaan yang segera. Hasilnya lahirlah golongan yang dikenali sebagai “Perempat MLM” atau “MLM Junkies

‘Perempat MLM’ adalah golongan yang tiada matlamat yang teguh, merantau tanpa halatuju dan hilang focus. Mereka tidak akan faham apa itu erti kejayaan.

Untuk berjaya dalam MLM, kita perlukan matlamat yang mantap. Sekiranya kita memberi 100% penumpuan usaha kita dalam satu syarikat, kebarangkalian untuk berjaya adalah besar. Andainya usaha itu dibahagi dua maka kejayaannya sudah dikurang 50-50 dan sekiranya kepada 3 atau 4 syarikat, maka sudah pasti menempah kegagalan.

Setiap pemimpim MLM yang berjaya akan melaungkan prinsip kejayaan yang sama – tabah, usaha yang bersungguh-sungguh dan yang paling mustahak adalah kepercayaan yang tinggi. Elemen-elemen inilah yang melahirkan pemimpin MLM yang berjaya, dihormati dan disegani. Mereka yang mempunyai impian dalam hidup akan ranap impiannya sekiranya mengikut jejak langkah “Perempat MLM’

Kebanyakan orang gagal mengenal pasti jalan sebenar untuk mencapai kejayaan yang berkekalan dalam satu-satu MLM perlu memilih satu syarikat yang dipercayai dan berusahalah bersungguh-sungguh. Perniagaan ini telah berjaya memberi peluang dan kehidupan baru kepada ramai orang tetapi ianya memerlukan 100% komitmen daripada anda!

Jumpa lagi. Adioss…

~JimieRay

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks