Ikon JUTAWAN Sudi Berkongsi Tips

Date November 12, 2007

Salam Sejahtera kepada anda semua. Semuga minggu ini anda kembali ceria dan lebih segar. Yer la…mungkin ada yang ambil peluang bercuti panjang baru-baru ni kan….

Kali ini saya ingin sentuh sikit tentang peluang belajar ilmu kejayaan dengan ikon JUTAWAN MALAYSIA. Satu program baru yang dikendalikan oleh Dr. Irfan Khairi harus menjadi program yang wajib untuk anda dengar sekiranya anda mempunyai niat untuk menjadi jutawan. Program ini akan mengupas formula untuk menjadi jutawan. Sila daftarkan diri anda di www.jejakjutawan.com untuk dapatkan maklumat terkini dan juga dapat mengikuti rakaman bual bicara ini dalam episod yang lepas.

Anda juga boleh mengikuti rancangan ini secara online di http://www.radio24.com.my.

jutawanik1.gif

Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis

azminchinirfankairi_poster_small.jpg

Semuga program ini berjaya menjadi satu rancangan yang popular di Malaysia suatu hari nanti dan dapat menjadi ’gelombang perubahan’ lebih ‘menggegarkan’ bangsa MALAYSIA.

azizi_irfan_poster_small1.jpg

“Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh  nombor satu - iaitu takut GAGAL”. Jumpa lagi. Adiosss….

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Berhati-hati Dimana Jua Anda Berada

Date November 7, 2007

Salam keceriaan kepada anda semua.

Hari ini tentu ramai yang ambil peluang bercuti panjang sempena cuti ‘Depavali’. Kepada anda semua saya menyeru untuk berhati-hati tak kira dimana-mana terutama di jalanraya. Kebanyakkan kemalangan tu disebabkan kecuaian kita sendiri. Bercakap tentang kecuaian tu saya ingin berkongsi satu klip video di blog sahabat saya saudara Ikram, sila klik disini…. Akibat dari kecuaian lelaki tersebut boleh menyebabkan akibat buruk berlaku, dan saya sarankan kepada anda yang sudah tonton klip video tu agar berkongsi pandangan anda diruangan komen blog ini supaya dapat dijadikan tauladan kepada kita semua.

Saya juga ingin berkongsi sedikit perkembangan tentang perjalanan JimieRay.com ni. Nampaknya JimieRay.com akan menyambut ulangtahun pertamanya pada awal Januari 2008 nanti. Emmm…diam tak diam dah berusia setahun jagung dah JimieRay.com ni. Walau bagaimana pun saya dalam proses nak melahirkan blog saya yang kedua. 

Sekarang saya sedang membuat persedian untuk melancarkan blog terbaru tu. Blog ini ada kelainan sikit dari blog yang sedia ada (ada ebook/special report menanti anda ) :)  dan saya juga sedang merancang untuk anda semua menyertai satu cabaran sempena pelancaran blog terbaru ini. Nanti saya akan umumkan disini bagaimana syarat-syarat untuk anda menyertai cabaran tersebut kerana ada hadiah menanti anda di akhir cabaran itu. Teruskan mengunjungi blog ini lagi. Adioss…

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Syarat Untuk Hidup BAHAGIA

Date November 2, 2007

Sukarkah untuk mengecapi kebahagiaan? Jawapannya adalah ‘TIDAK’, jika anda mengikuti petua-petua ini. Menurut peribahasa masyarakat India ‘Bantulah perahu saudaramu menyeberangi lautan dan kamu sendiri akan sampai keseberang’. Bantuan yang diberikan akan memberi kesenangan untuk orang lain dan diri kita sendiri. Kebahagiaan seperti juga pewangi. Anda semburkan pada orang lain, nikmat keharumannya turut anda kecapi juga.

Abraham Lincoln pernah berkata, “Kebahagiaan adalah sebahagian daripada fikiran. Kebahagian fikiran tergambar melalui kebahagiaan hidup anda.”

Sekiranya anda gembira melakukan sesuatu yang anda terpaksa melakukannya, itu adalah satu kebahagiaan. Begitu juga apabila anda melakukan pekerjaan dengan bersungguh hati, penuh minat dan keseronokan, anda juga akan berasa bahagia.

Anda tentu tidak mengecapi kepuasan penuh apabila melakukan suatu tugasan dengan mudah. Tetapi apabila anda berjaya melunaskan sesuatu yang sukar, yang menuntut usaha yang terbaik, sudah pasti berasa puas dan bahagia, bukan?

Anda juga akan berasa bahagia apabila terdapatnya hubungan harmoni dengan orang di sekeliling. Sikap baik hati, suka membantu, bertolak ansur, memahami dan menyanyangi akan mengeratkan lagi hubungan serta membolehkan anda menikmati hidup dengan lebih menyeronokkan.

Senyuman seorang bayi, surat daripada seorang rakan, nyanyian burung dan cahaya yang terpancar di jendela – semuanya kelihatan kecil, tapi di dalam hati anda tentu berbunga gembira, bukan? Kadang-kadang nikmat kegembiraan itu amat sukar di tafsirkan, Cuma mereka yang merasainya sahaja dapat menikmati makna kegembiraan sebenar.

Kebahagiaan itu sebenarnya tidak sukar untuk dikecapi, dengan syarat kita hendaklah percaya bahawa “Semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan cinta kepada yang Maha Esa.” Jumpa lagi. Adioss…

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Selamat Berhari Raya dan Selamat Bercuti

Date October 11, 2007

Assalamualaikum dan salam lebaran.

Nampaknya kita sudah berada di penghujung Ramadhan. Rasa begitu cepat jer Ramadhan nak meninggalkan kita pada tahun ini. Tentu anda masih ingat semasa kita zaman kanak2 dulu, nak tunggu waktu berbuka pun terasa lambat inikan pula nak tunggu raya. Tapi sekarang segala2nya terasa cepat jerr. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Saya rasa tentu semuanya bejalan lancar. Jangan lakukan pada saat2 akhir. Nanti kalang kalibut jadinya…. Huu..huu.. :)

Bagi anda yang nak pulang ke kampung atau kemana2 saja di musim perayaan ini, berhati-hatilah memandu. Ikut peraturan, jangan nak cepat jerr… Jangan jadikan diri kita sebagai sebahagian dari stastistik kemalangan maut pada musim perayaan ini. Juga kepada anda yang tak dapat pulang berhari raya mungkin kena bertugas ke, anggaplah ini amanah dan cabaran yang perlu anda tunaikan. Saya ingat lagi sekitar tahun 1998 - 2003 semasa itu saya bertugas di KL, kebetulan isteri seorang jururawat di Hospital Kuala Lumpur.  Semasa tu kerap jugalah tak dapat beraya di kampung dengan keluarga. Sedih tu jangan cakap la… tapi apa boleh buat, isteri kena menjalankan tugas dia.

Tapi semenjak bertukar ke Penang ni senang la sikit sebab kampung pun dah dekat. Keluarga sebelah isteri pun dekat Penang gak. Jadi saya akan balik kampung pada petang Jumaat ni. Oppss…sebelum balik kampung jom kita layan lagu balik kampung kat blog Cikgu Azleen  atau lagu Anuar Zain kat blog AliCyber. Orang kata raya-raya ni kalau tak layan lagu raya macam tak meriah jer. :)

Di kesempatan ini kepada anda yang sering berkunjung ke blog JimieRay.com saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di blog ini mungkin saya ada terkasar bahasa atau perkara yang boleh menyinggungkan anda semua. Selepas raya ni saya ada projek terbaru yang saya akan umumkan di sini. Sebenarnya projek ini dah dirancang sebulan dua yang lalu tapi asyik tertangguh jer sebab banyak kerja opis yang perlu diselesaikan dulu. Mungkin saya akan lancarkan pada penghujung bulan ini atau awal Oktober nanti kerana lepas raya ni saya nak setupkan program affiliate (ini pun atas bantuan seseorang yang mungkin anda kenali :) ) untuk anda sertai satu cabaran. Yang pasti ada hadiah untuk anda yang sertai cabarannya nanti.. Huu..huu..  So, jangan terlepas peluang pulak dan jangan lupa kunjungi blog ini lagi lepas raya nanti untuk mengetahui perkembangannya. Adioss…

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks