Mengenali Perwatakan Seseorang
April 5, 2007
Tahukah anda bahawa perwatakan atau gaya seseorang menerangkan tingkah laku individu itu sendiri. Antara ciri personaliti yang mudah dikesan ialah peramah, pendiam, pemarah dan pendendam. Perwatakan seseorang merupakan ciri personaliti yang seiring dengan masa dan kematangan individu. Bakat dan kepintaran pula adalah darjah pencapaian seseorang itu dan menerangkan setakat manakah kebolehannya. Manakala motivasi diri adalah bagaimana kita melihat diri kita, kandungan pemikiran, tabiat membuat pilihan, perhubungan rapat kita, nilai-nilai moral, sikap dan pandangan, harapan dan aspirasi serta ketakutan dan kesedihan.
Antara ketiga-tiga aspek personaliti ini, motivasi diri adalah yang paling mudah untuk berubah di sepanjang perjalanan hidup kita. Ia berkait rapat dengan interaksi kita kepada keluarga di mana kita dibesarkan, adat budaya, personaliti orang yang rapat dengan kita dan juga peristiwa-peristiwa dalam kehidupan. Ketiga-tiga aspek personaliti ini berinteraksi antara satu sama lain dan dengan pengaruh luar. Ia mampu membentuk personaliti diri yang unik dan berbeza dengan orang lain.
-JimieRay-


















Posted in 





content rss

April 11th, 2007 at 3:30 pm
blog jimie ni antara yang am mesti masuk setiap hari… nak tau pasal apa… sebab kandungan yang bermutu tu la… yang buat am kadang hilang pedoman bila tak baca…
April 11th, 2007 at 4:03 pm
Thanks Am….Jimie pun masih baru lagi kat sini. Banyak lagi yg perlu Jimie belajar dgn otai2 IM. Jimie jadikan blog ini tempat utk Jimie belajar dan kongsikan dgn anda semua. Jgn ,malu2 utk singgah. Cuma buat masa skrg tak dapat lg Jimie nak buat post sekerap yg mungkin. Insyaallah, Jimie akan buat yg terbaik nanti.
Utk pengetahuan anda semua, Jimie dalam proses nak siapkan satu lagi blog mengenai kesihatan. Hajat di hati nak lancarkan pada penghujung April atau Awal Mei ini. Tapi memandangkan 1st June ni pula ulang tahun kelahiran Jimie yg ke 39 (uhuu..uhukk…Next year dah masuk 40…
) jadi rasa2 nak juga lancarkan pada tarikh tersebut. Nantilah Jimie fikir2 kan.
April 11th, 2007 at 4:10 pm
[…] Ohh…ada seseorang yang telah link kan url penggila.com tanpa deal apa-apa pun.Mudahnya.Saya ingatkan tak ada yang sudiĀ nak tukar link dengan penggila.com.Terima kasih abang jimieray,kalau mengikut post terbaru tu,watak penggila macam mana ek? […]
June 26th, 2008 at 3:36 pm
ea?