Kita Sebatang PENSEL

Date April 16, 2007

Seorang lelaki merenung pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam kotak, lelaki berkenaan berkata : “Ada lima perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan kau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua perkara itu supaya engkau menjadi pensel terbaik sepanjang masa.”

“Pertama:” kata si pembuat pensel, “kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang. Kedua: Kau akan alami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang lebih baik.”

Ketiga: Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Keempat: Benda yang paling berharga padamu berada di dalam tubuhmu. Dan kelima: tidak kira di atas permukan apa kau digunakan, kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam keadaan apa sekalipun, engkau mesti terus menulis.”

Pensel memahami kata-kata pembuatnya. Ia berjanji akan mengalas tugasnya seperti yang diamanahkan. Lalu dia pun dimasukkan ke dalan bekasnya.

Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita. Ingat kelima-lima perkara perkara penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat sepanjang masa. Pertama; kita boleh lakukan banyak perkara yang hebat, dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa yang sama, izinkan manusia lain memandu kita mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.

Kedua; kita akan menderita bila ‘ditajamkan’ dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarkan sakit, tapi kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal, gigih serta berfikiran tajam.

Ketiga; kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Keempat; bahagian paling berharga pada diri kita berada di dalam tubuh . Kelima; dan yang paling penting, tidak kira atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas. Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh. Adioss..

-JimieRay

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>