Antara Kudrat Dan Akal

Posted on June 18, 2007
Filed Under Motivasi, Renungan |

KapakSuatu ketika dahulu ada seorang lelaki miskin memohon kerja daripada seorang pengusaha balak. Permohonannya itu terus diterima memandangkan dia mempunyai tubuh yang sasa. Lelaki itu ditawarkan gaji yang agak lumayan. “Bila saya boleh mula kerja, tuan?” lelaki tersebut bertanya.

“Sekarang!” balas pengusaha balak, kemudian menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam. “Kamu tebang pokok di hujung sana,” kata si majikan sambil menunjuk ke arah kawasan yang dimaksudkan.

Pagi itu kelihatan lelaki tersebut menghayun kapaknya ke pangkal sebatang pokok tua sebesar tiga pemeluk. Cukup tangkas dia bekerja, dan di penghujung hari, lelaki itu berjaya menumbangkan 15 batang pokok!

Majikan terkejut kerana sepanjang 20 tahun menjadi peniaga balak, belum pernah dia bertemu pekerja segagah itu. Si majikan memuji kekuatan lelaki tersebut dan semangatnya untuk mencari pendapatan.

Esoknya, ketika matahari mula memancarkan sinarnya, kawasan hutan bergema lagi dengan bunyi lelaki miskin bertubuh sasa itu menebang pokok. Senja berlabuh, 12 pokok berjaya ditebangnya.

Pada hari ketiga, lelaki tersebut bekerja lebih gigih, tapi hanya mampu menumbangkan 10 batang pokok sahaja. Hari-hari berikutnya, bilangan terus berkurang kepada lapan, tujuh, lima, empat dan akhirnya, sebatang sahaja.

Lelaki itu termenung, bingung memikirkan ke mana menghilangkan keperkasaan yang dimilikinya selama ini. “Mungkin aku terlalu penat!” keluh lelaki tersebut. Kurang jumlah pokok yang ditebang, bermakna akan kuranglah juga pendapatannya kelak.

Petang, dia ke pejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku. “Maafkan saya tuan, saya pun tak tau apa yang berlaku pada diri saya ini,” suara lelaki itu perlahan. Dia merayu kepada majikan supaya tidak memecatnya.

Si majikan memandang muka lelaki tersebut kemudian beralih kepada kapak yang digunakannya untuk menebang balak. “Bila kali terakhir kamu asah kapak ni?” majikan itu bertanya.

“Asah??” lelaki itu terkejut, “Saya tak ada masa nak asah sebab terlalu sibuk bekerja…..” Adioss…

~JimieRay~

Pakej Kitblogger

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks

Comments

5 Responses to “Antara Kudrat Dan Akal”

  1. cikgu azleen on June 18th, 2007 5:29 pm

    :twisted: Betul juga kan.. Kalau asik guna jer tapi tak di asah, lama-lama jadi tak berguna.. Sama juga dalam berniaga.. Dari masa ke masa kita kena up dated dengan ilmu dan juga trend perniagaan.. Baru boleh untung banyak.. :twisted:

  2. nuwa on June 19th, 2007 10:19 pm

    banyak pengajaran dari citer nie..kena sentiasa sedar dan memotivasikan diri.. mcm kata cikgu dlm bisnes kena ikut alert dengan perkembangan semasa.. :-)

  3. alongovtx on June 20th, 2007 3:45 am

    “Perkara yang menjadi kebiasaan pun boleh lupa”

  4. entri pilihan hati hari ini » AbdFatah.com on June 22nd, 2007 10:54 am

    […] pembalak dan kapaknya > jimieray […]

  5. Paypal2u Bloggers on June 25th, 2007 10:21 am

    Lupa adalah perkara biasa bagi makhluk bernama manusia… Nak buat camana…

Leave a Reply