KapakSuatu ketika dahulu ada seorang lelaki miskin memohon kerja daripada seorang pengusaha balak. Permohonannya itu terus diterima memandangkan dia mempunyai tubuh yang sasa. Lelaki itu ditawarkan gaji yang agak lumayan. “Bila saya boleh mula kerja, tuan?” lelaki tersebut bertanya.

“Sekarang!” balas pengusaha balak, kemudian menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam. “Kamu tebang pokok di hujung sana,” kata si majikan sambil menunjuk ke arah kawasan yang dimaksudkan.

Pagi itu kelihatan lelaki tersebut menghayun kapaknya ke pangkal sebatang pokok tua sebesar tiga pemeluk. Cukup tangkas dia bekerja, dan di penghujung hari, lelaki itu berjaya menumbangkan 15 batang pokok!

Majikan terkejut kerana sepanjang 20 tahun menjadi peniaga balak, belum pernah dia bertemu pekerja segagah itu. Si majikan memuji kekuatan lelaki tersebut dan semangatnya untuk mencari pendapatan.

Esoknya, ketika matahari mula memancarkan sinarnya, kawasan hutan bergema lagi dengan bunyi lelaki miskin bertubuh sasa itu menebang pokok. Senja berlabuh, 12 pokok berjaya ditebangnya.

Pada hari ketiga, lelaki tersebut bekerja lebih gigih, tapi hanya mampu menumbangkan 10 batang pokok sahaja. Hari-hari berikutnya, bilangan terus berkurang kepada lapan, tujuh, lima, empat dan akhirnya, sebatang sahaja.

Lelaki itu termenung, bingung memikirkan ke mana menghilangkan keperkasaan yang dimilikinya selama ini. “Mungkin aku terlalu penat!” keluh lelaki tersebut. Kurang jumlah pokok yang ditebang, bermakna akan kuranglah juga pendapatannya kelak.

Petang, dia ke pejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku. “Maafkan saya tuan, saya pun tak tau apa yang berlaku pada diri saya ini,” suara lelaki itu perlahan. Dia merayu kepada majikan supaya tidak memecatnya.

Si majikan memandang muka lelaki tersebut kemudian beralih kepada kapak yang digunakannya untuk menebang balak. “Bila kali terakhir kamu asah kapak ni?” majikan itu bertanya.

“Asah??” lelaki itu terkejut, “Saya tak ada masa nak asah sebab terlalu sibuk bekerja…..” Adioss…

~JimieRay~

Pakej Kitblogger

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks