Lelaki kurus berambut kerinting halus dan hitam kulitnya, memetik piano seperti malam-malam sebelumnya. Jari jemarinya lincah, alunan lagunya sungguh mengasyikkan. Para pengunjung kelab malam khayal dibuai petikan pianonya yang lembut mendayu dan mereka bertepuk sorak sejurus lelaki kurus berkulit hitam menyudahkan persembahan.

Dari irama perlahan, lelaki kurus berkulit hitam mengalunkan irama rancak pula. Para pengunjung kelab malam pun apa lagi, terus menarik tangan pasangan masing-masing dan berdansa. Lagu demi lagu dipersembahkan dan sorakan demi sorakan kedengaran di akhir persembahannya.

“Sekarang saya mahu kamu menyanyi pula,” seorang pengunjung kelab malam mendesak sebaik lelaki kurus berkulit hitam menyudahkan lagu petikan pianonya.

MENYANYI?? Lelaki kurus itu enggan, dia bukannya penyanyi. Dia cuma pemain piano. Tetapi pengunjung tadi terus juga mendesak. Untuk tidak menghampakan pelanggannya, pengurus kelab malam mengarahkan lelaki kurus berkulit hitam tadi menyanyi.

Mahu tidak mahu, lelaki kurus berkulit hitam terpaksa juga menyanyi. Diiringi petikan piano, dia mengalunkan lagu kegemarannya Mona Lisa. Tergigil-gigil lelaki itu menyanyi sebab sepanjang hayatnya, inilah kali pertama dia mendendangkan suara di depan ramai.

Tanpa diduga nyanyiannya itu disambut dengan tepukan paling gemuruh. Para pengunjung memuji-muji gaya nyanyian dan suaranya yang gemersik.

Nat King ColeMalam itu barulah lelaki tersebut sedar dia sebenarnya mempunyai bakat lain selain bermain piano. Tidak lama kemudian lelaki kurus berkulit hitam itu berhijrah ke Hollywood, seterusnya merakamkan album dan menjadi penyanyi yang terkenal di seluruh dunia. Jika malam itu dia tidak didesak menyanyi, pasti sampai sekarang kita tidak akan kenal siapa Nat King Cole!

Sebenarnya kita juga seperti Nat King Cole. Kita tidak akan tahu bahawa kita mempunyai bakat jika kita tidak diberi peluang, digilap dan mungkin juga - di paksa! Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah jangan tumpukan perhatian kepada satu bakat saja. Cuba yang lain pula, Kerana mungkin dari situ baru ditemui bakat lain yang ada dalam diri anda. Adioss…

-JimieRay-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks