Dua orang sahabat karib si A dan B sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B terasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.
Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini sahabat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mula sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya : “Kenapa setelah aku melukaimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum, B berkata “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulis di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”
Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.
Sekadar renungan. Adioss…
~JimieRay









Wah, satu cerita yang amat menarik dan ada pelajaran yang berguna!
Persoalannya, perlu ke saya tampar orang?
Gurau jer…
Jimie, satu analogi yang menarik…
tapi susah sekarang kite nak jumpe sahabat yg sgt baik mcm tu…sekadar renungan
asskum tq krn komen di blog sy. Saya agak pening ckit nak edit wordpress ikut suka hati kita. sebelum ni sy biasa godek blogger.com mudah je codingnya. wordpress ni saya masih baru. themes yg saya pakai tu default je. buku pakej kit blogger ada ajar tak dlm tu untuk edit themes wordpress secukup rasa kita je?
W’kum salam Zamri.
Thanks krn sudi dtg ke blog saya.
Ok, di dalam pakej kit blogger tu memang tak di ajar mcm mana kita nak edit themes. Tapi Zamri bole dapatkan di ruangan SUPPORT kita (untuk saper2 yg beli pakej kit blogger akan dapat ruangan support sistem dari SmartZul). Saya rasa dah ada pun post org yg bertanya masalah ini kat ruangan support tu, so…Zamri bole cari tgk.
Memang la WordPress ni kalau yg baru rasa leceh sikit tp kalau dah lama guna tentu rasa happy sbb friendly user.
Tapi, lupa pulak…Zamri dah beli ‘Pakej KitBlogger’ tu…
ok terima kasih. saya bercadang nak beli.
Wah.. bagus cerita ni
betul-betul menusuk kalbu
dah pernah dengar pasal tulis atas pasir
tak tahu plak ada versi yang sentuh pasal tulis atas batu.
apapun, cerita ni memang menarik.
Memang menarik cerita ini. Ia mempunyai moral yang bagus. Teruskan usaha anda dengan tulisan yang berilmu dan bermoral.
ada satu cerita lain berkait dengan topik persahabatan, tapi akhir ceritanya lebih kurang, paku kalau tersilap ketuk, walaupun sudah dicabut tetap meninggalkan kesan.
Kisahnya tentang seorang bapa mengajar anaknya jgn menyakiti org lain. Dia suruh anaknya memakukan sebatang paku kat dinding jika dia marah dan terasa mahu menyakiti org len. Sampai satu masa, dinding tuh penuh ngan paku. Then bapa menyuruh anaknya cabut semua paku as a symbol of minta maaf. Tapi kesan paku tersebut masih tinggal di dinding… then bapa tersebut berkata: “Jika sekali kau sakiti hati org lain, kesan sakit tersebut takkan hilang walaupon maaf telah diberi”
Bapa yg baik..
Anywway, best citer tulis atas pasir nih.. tulis la citer2 lain lagi
yerla… kisah paku tu pun dah pernah baca tapi kat bolg sape yerk…
:banghead:|
kisah tulis atas pasir ni ada pengajaran tersendiri… dalam ramai2 kawan2 anda semua takkan seorang pun kita tak perasan ada yang macam si B ni…. eemm mesti ada? :thumbsup:
Terima kasih atas komen2 dan juga sudi berkongsi cerita2 pengajaran dari anda semua. Insyaallah, saya akan cuba kumpulkan cerita2 pengajaran di sini untuk kita kongsi bersama. Semuga dapat di jadikan kan panduan untuk kita meneruskan perjuangan hidup ini. Sudi2 selalu melawat blog ini. Adioss…
Cerita nie memang menarik dan memberikan kesan yang amat dalam. Tersentuh di hati.
baik betul si B ni, bagus kalau semua kawan kita macam tu.
asmkm, wow! blog awak hebat!
sungguh best cerita ni.. berkesan di hati