Pada awal abad ke-18 dulu, ada seorang lelaki yang teringin benar hendak menjadi penulis. Tapi keadaan sentiasa saja tidak menyebelahinya. Belum tamat darjah empat dia berhenti sekolah. Keluarganya miskin. Bapanya pula disumbat ke dalam penjara kerana hutang. Hidup anak muda ini jadi tidak menentu. Tidak makan selama satu dua hari sudah jadi perkara biasa baginya.

Dengan pendidikan yang tidak seberapa, dia cuba mencari kerja. Usahanya berhasil, pemuda malang itu akhirnya diterima bekerja sebagai penampal label pada botol, di sebuah gudang kecil dipenuhi tikus. Dia tidur dalam bilik yang kusam bersama dua lagi pemuda comot berasal dari kawasan setingan.

charles-dickens.jpgLelaki ini tekun menulis tapi dia tidak berapa yakin dengan kebolehannya. Jadi dia menyusup keluar pada lewat malam bagi mengelak orang lain tahu dia mengepos tulisannya itu kepada syarikat penerbitan. Kalau ada orang tahu, terutama kawan-kawan rapatnya, habislah… mana dia hendak letakkan muka?

Cerita demi cerita dihantar, semuanya ditolak. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba, anak muda itu menerima sepucuk surat dari sebuah syarikat penerbitan yang bersedia untuk menerbitkan cerita yang ditulisnya.

Dia tidak dibayar walau sesen pun, tapi tulisannya dipuji oleh pengarang syarikat penerbitan tersebut. Gembira betul lelaki itu hingga tidak sedar dia menangis sepanjang jalan menuju ke rumahnya.

Penghargaan dan pujian yang diterimanya itu yang mengubah seluruh hidup lelaki berkenaan. Kalaulah dia tidak dipuji dan bakatnya tidak diberikan penghargaan, tentu dia akan menghabiskan seumur hayatnya di gudang kecil penuh tikus. Anda tentu pernah dengar nama pemuda tersebut – Charles Dickens.

Sekadar renungan… Adioss.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks