Salam usahawan dan jumpa lagi.

Seorang veteran Perang Dunia Pertama terhegeh-hegeh menawarkan resipi masakan kegemaran keluarganya kepada seorang kaya yang difikirkan dapat memberinya modal untuk membuka sebuah restoran. Kemudian restoran itu akan dikembangkan kepada berpuluh-puluh, beratus-ratus, kemudian beribu-ribu cawangan. Itu cadangannya, tetapi malang, orang kaya itu tidak tertarik langsung.

Veteran perang itu membawa resipi dan idea tersebut kepada orang kaya yang lain pula, pun di tolak mentah-mentah. Bertahun-tahun dia berusaha tanpa putus asa. Lebih daripada 1,000 orang menolak ideanya tapi orang tua itu terus berusaha, hinggalah akhirnya diterima oleh seorang pemodal.

Kolonel Sander

Lalu bermulalah ladenda sebuah restoran. Dalam waktu yang singkat saja resipi veteran perang itu terus menjadi popular dan restorannya membuka cawangan demi cawangan, dari puluh meningkat ke ratus, kemudian menjadi ribu, sama seperti yang diimpikannya. Bayangkan kalau Kolonel Sanders memutuskan untuk mengalah saja apabila orang kaya yang ke-999 menolak resipi dan ideanya, tentu hari ini kita tidak akan mengenali Kentucky Fried Chicken.

Kesimpulannya… Untuk menjadi usahawan berjaya anda hendaklah tidak perlu takut pada kegagalan, seperti pesanan dari SIFU KegagalanBilli LimKegagalan adalah guru kejayaan“. Berusaha dan terus berusaha pasti kejayaan yang akan anda temui.

Jumpa lagi. Adioss….

PS - Tolong doakan saya : Kepada pengunjung setia blog ini, untuk makluman anda ketika ini saya telah di masukkan ke Wad ENT di Hospital P.Pinang untuk menjalani satu pembedahan untuk buangkan satu ketumbuhan “Thyroglossal Cyst” di bahagian  antara bawah lidah dengan leher.  Saya akan di masukkan ke dewan bedah pada jam 3 petang nanti dan proses pembedahan  di jangkakan antara 3 hingga 4 jam. Doakan saya semuga di beri ketenangan dan kekuatan untuk menjalani pembedahan ini. Terus terang saya katakan bahawa saya masih lagi di dalam keadaan berdebar-debar sekarang ini walaupun jam sudah 2.50 pagi.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks