Bulan mengambang penuh di dada langit. Cahayanya yang indah tersebar di muka bumi ini, menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa. Dari keindahannyalah sang pujangga mendapat ilham untuk menulis bait-bait puisi, penulis mengindahkan karyanya dan pasangan kekasih menyemai rindu.
Melihat bulan mengambang penuh, terasa tangan ingin mencapainya. Ia kelihatan terlalu hampir, tapi tahukah anda, jaraknya 3,654,334 km dari planet ini. Terlalu jauh.
Mata begitu terpukau dengan cahaya purnama, tapi rupa-rupanya sinaran itu cuma khayalan . Hakikatnya bulan tidak memancarkan cahaya! Cahaya yang dilihat cumalah pantulan sinaran matahari yang dibalikkan oleh permukaannya yang berkawah.
Bulan purnama yang disaksikan itu sebenarnya terbentuk apabila kedudukannya setentang dengan matahari. Tapi apabila bumi berada di posisi antara bulan dan matahari, sebahagian daripada wajah bulan terlindung, lalu terhasillah bulan sabit.
Perdedaran mengelilingi bumi dan kesan pancaran matahari ke atas tubuhnya menghasilkan beberapa fasa kejadian bulan: dari purnama penuh hinggalah mengecil membentuk bulan sabit. Semakin bulan menjauhi matahari, bentuknya semakin mengecil, akhirnya lenyap apabila siang menjelma.
Fenomena ini menghasilkan tempoh lengkap satu bulan Qamariyyah selama 29 hari, 12 jam, 14 minit dan 2.8 saat.
Perkembangan fasa bulan, dari saiz sekecil bulan sabit hingga menguntum sebagai bulan purnama, menyusut semula hingga hilang daripada pandangan, adalah fitrah yang diatur oleh Allah. Semuanya berlaku secara teratur pada hari dan waktu yang telah ditetapkannya. Lantas bila merenung keindahan sang purnama, tanyakan pada diri, dapatkah kita meniru fitrah bulan?
Pernah satu ketika baginda Rasulullah s.a.w ditanya oleh seorang sahabat, “Mengapa kita melihat bulan terbit dalam bentuk sabit, kemudian membesar hingga mencapai purnama? Semakin siang, saiznya mengecil semula hingga kita tidak dapat melihatnya lagi?”
Ashab-al-nuzul diturunkan sebagai menjawab soalan tersebut. Dalam surah al-Baqarah ayat 189, Allah berfirman, “Katakanlah: Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia mengerjakan haji.” Demikian Allah memerintahkan Nabi menjawab pertanyaan sahabatnya.
Dengan fitrah berterusan kejadian bulan itu, Allah mahukan hamba-Nya merancang masa dengan teliti. Itulah pengajaran yang perlu kita ambil iaitu merancang masa dengan bijak agar segala yang dirancang berjalan dengan baik.
Jika diteliti, jangka hayat manusia di bumi ini pun tidak ubah seperti kejadian bulan. Setelah dilahirkan, kita membesar, remaja, dewasa dan menjadi tua. Pada usia ini, kudrat kita mula menyusut. Nikmat duniawi diambil sedikit demi sedikit sebagaimana wajah bulan yang beransur kecil.
Manusia semakin lemah dan apabila tiba waktu, ajal pun tiba. Sebagaimana hilangnya bulan di dada langit ketika siang menjelang, roh manusia diambil dan jasadnya hancur di perut bumi.
Sahabat budiman…apabila melihat langit gelap dan tiada bulan menghiasi malam, ingat-ingatlah pada kematian.
~JimieRay~









menarikkan bila melihat bulan..
sungguh hebat sekali keindahan ciptaanNya..
sesungguhnya info yang anda tulis ini amat menarik sekali…
Bulan purnama yang indah! Selalu ingatkan saya dengan P.Ramlee. Beliau selalu menggunakan perkataan bulan dalam lirik lagunya..
“malam bulan dipagar bintang…”
“engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan..hatiku dah kau tawan, hidupku tak keruan….”
Jimie, best post ni…..satu pesanan yang amat berharga buat teman2.
selamat berpuasa dan selamat berhari RAYA bagi orang yang berugama Islam
http://www.enai10.com
free submit link directory
Salam kasih sayang,
Santai, tenang dan mendamaikan….. Bercinta dgn sang pencipta memang sungguh mententeramkan jiwa….
Terima kasih dan salam persaudaraan.
Semoga diberkati. Amin…