Salam sejahtera dan jumpa lagi.
Huhuu…! tentu anda terkesima bila tengok tajuk di ataskan. Sebenarnya tajuk ini tiada kena mengena dengan si Tipah anak Ngah Leman jiran depan rumah atau kisah Latipah janda kayo muda beranak satu kat office sebelah. Tetapi, ianya mengenai sikap orang kita yang masih mudah percaya dengan mesej-mesej a.k.a SMS untuk kaya dengan mudah.
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan satu lapuran akhbar Utusan Malaysia bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mudah terjebak dengan SMS palsu. Lebih 1,500 orang terpedaya atau tertipu dengan SMS untuk memenangi hadiah. Di anggarkan nilai keseluruhan penipuan tersebut adalah RM11 juta sepanjang tahun 2007 dan 2008. Sindiket penipuan ini telah menggunakan khidmat pesanan ringkas @ SMS semakin menjadi-jadi.
Ramai mangsa sindiket ini terpedaya dengan SMS yang diterima kononnya mereka menjadi pemilik kad SIM telefon bimbit yang bertuah memenangi hadiah wang tunai sehingga RM50,000.
Sindiket ini membuat tawaran palsu dengan mendakwa kononnya ia daripada syarikat besar tertentu seperti Petronas, Shell, Astro (Akademi Fantasia), Maybank, PowerRoot, Maxis, Celcom dan Digi.
Bagaimanapun, semua SMS palsu itu sebenarnya tiada kaitan dengan syarikat terbabit. Malah dari semasa ke semasa syarikat tersebut membuat penafian mengenai penglibatan mereka.
Mangsa yang disyaratkan membayar caj pemerosesan sehingga RM10,000 untuk mendapat tawaran hadiah tersebut, hanya menyedari tertipu selepas hadiah wang tunai yang dijanjikan tidak dimasukkan ke akaun mereka.
Siasatan pihak berkuasa telah mendapati hampir kesemua ahli sindiket ini adalah warga asing, kebanyakannya dari Indonesia.Sebenarnya inilah salah satu sikap orang kita yang mudah terpedaya dengan sindiket yang sering di tawarkan oleh warga asing. Tak percaya??? Sila klik disini untuk lihat satu lagi penipuan yang telah terbongkar.
Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tips dengan pengunjung blog JimieRay dot Com bagaimana modus operandi mereka berjalan yang di petik dari lapuran Utusan Malaysia.
Modus Operandi Sindiket SMS Tawar Hadiah Palsu
-
-
Sindiket menghantar SMS menawarkan hadiah palsu kepada bakal mangsa. Semua nombor pengirim SMS biasanya 12 atau 13 digit dimulai 628XXXXXXXXX. Nombor awalan itu adalah kod nombor telefon bimbit di Indonesioa.
-
Contoh SMS ialah :
-
“Congratulations Nombor SimCard Anda tlh m-nangi (HADIAH UTAMA) WANG Tunai RM50,000 dr Sykt SHELL BHD. Call/sila dail; +6281410078374 Terima kasih”
-
“Tahniah! Anda bertuah terpilih menjadi pelajar Akademi Fantasia (AF4). Telp +6285241601122. TK”
-
“Tahniah! Anda terpilih untuk menerima hadiah bertuah Akademi Fantasia (AF4) WANG TUNAI RM15,000. Tel +628151886299. Terima kasih.”
-
-
Setiap kandungan SMS meminta mangsa menghubungi nombor telefon 12 atau 13 digit yang diberi. Nombor untuk dihubungi selalunya tidak sama dengan nombor yang tertera sebagai pengirim SMS.
-
Mangsa selalunya menghubungi nombor yang diberi untuk pengesahan tawaran wang tunai tersebut.
-
Dalam sesetengah kes, ahli sindiket sendiri menghubungi mangsa untuk memaklumkan bahawa SMS yang dihantar itu adalah benar.
-
Mangsa akan dipujuk supaya menerima hadiah termasuk boleh digunakan untuk majlis kesyukuran dan jemput anak yatim piatu.
-
Apabila mangsa terpedaya dan yakin, sindiket akan meminta akaun mangsa, biasanya Maybank atau bank yang mempunyai perkhidmatan perbankan online. Nombor akaun itu diperlukan untuk memasukkan duit hadiah yang di janjikan pada hari sama atau secepat mungkin. Jika mangsa tiada akaun Maybank, mereka diminta membukanya.
-
Selepas mendapat nombor akaun, sindiket memberitahu mangsa supaya memasukkan wang antara RM1,000 hingga RM10,000 ke dalam akaun bank sendiri sebagai bayaran pemerosesan bagi membolehkan wang hadiah dimasukkan pada hari yang sama. Bagi sesetengah kes, mangsa diminta memasukkan wang pemerosesan itu ke dalam nombor akaun yang diberi oleh sindiket.
-
Mangsa kemudian diminta ke mesin ATM bank yang sama. Bagi pemilik akaun baru, mereka diminta mengaktifkan kad ATM tersebut terlebih dahulu dan sindiket saling berhubung dengan mangsa.
-
Ketika di mesin ATM, mangsa akan dihubungi sindiket yang meminta nombor kad ATM mereka. Selepas itu mereka di minta menggunakan ATM untuk mendaftar perbankan online (dalam kes Maybank ialah Manybank2u.com).
-
Apabila mesin ATM meminta pelangan mendaftarkan nombor PIN untuk daftar masuk (login) Maybank2u.com, mangsa diminta supaya memasukkan enam digit nombor diberi oleh sindiket itu dan kemudian mengesahkan pilihan nombor itu. (Dalam keadaan biasa, pelangan sendiri yang sepatutnya memilih nombor PIN daftar masuk Maybank2u.com dan ia mesti dirahsiakan).
-
Mangsa akan diminta oleh sindiket supaya beredar pulang dan menunggu untuk dihubungi bagi memaklumkan bahawa wang hadiah sudah dimasukkan ke dalam akaun bank.
-
Dalam tempoh ini, sindiket akan mengaktifkan perkhidmatan online untuk akaun Maybank mangsa. Ini boleh dilakukan kerana untuk mengaktifkannya, Maybank2u.com atau bank lain hanya mensyaratkan pelangan memasukkan nombor akses iaitu nombor kad ATM dan nombor PIN yang didaftarkan di mesin ATM.
-
Sejurus perkhidmatan online mangsa diaktifkan, sindiket yang bertindak sebagai penceroboh akaun akan memindahkan kesemua wang di dalam akaun mangsa ke akaun lain.
-
Selang beberapa jam atau pada keesokannya, mangsa sedar telah tertipu apabila akaun bank mereka bukannya bertambah disebabkan hadiah wang tunai yang dijanjikan, sebaliknya wang di dalam akaun habis dikebas. Ketika itu, semua nombor telefon yang diberi oleh sindiket telah ditutup.
-
NOTA : Dalam sesetengah kes, modus operandi sindiket berbeza dengan yang dinyatakan di atas tetapi kebanyakan mangsa diminta memberi nombor akaun bank, nombor PIN kad ATM, atau nombor PIN daftar masuk perkhidmatan online.
Semuga kali ini Tipah tak tertipu lagi. Jumpa lagi. Adioss…

PS – Jangan lupa dapatkan Majalah IM edisi ke12 sekarang. Sila klik disini untuk download secara PERCUMA.









