Salam perkenalan dari JimieRay.Com

Date January 17, 2007

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada semua pembaca,

Ini adalah post saya yang pertama maka dengan ini secara rasminya saya melancarkan blog saya. Sebenarnyer mengikut perancangan awal, saya akan lancarkan blog ini pada minggu akhir 2006 atau pada malam tahun baru. Tapi disebabkan negara ketika itu mengalami gangguan talian internet maka blog ini terlewat seperti yang dirancang.

Apa yang ada di JimieRay.Com? Ketika ini saya sedang menjalankan satu projek ‘homebase business’ dengan salah sebuah sykt MLM (biarlah rahsia). Pada tahun 2006 saya lihat era perniagaan internet sedang berkembang dengan pesat, jadi saya rasa amat rugi sekiranya saya sama2 tidak mengikuti rentak ini. Maka matlamat saya pada tahun 2007 saya akan jadikan JimieRay.Com sebagai tempat untuk saya menimba dan mengembangkan ilmu sebagai Usahawan Internet & Usahawan MLM.

Kepada anda yang ingin akan memulakan perniagaan internet tetapi masih lagi ragu2, ayuh mari kita sama2 belajar disini. Jangan takut dan risau… “Just Do It”

“Sebenarnya tiada rahsia untuk berjaya melainkan jangan buang masa melihat kejayaan orang lain. Kejayaan adalah hasil dari kesempurnaan, kerja keras, belajar dari kegagalan & menuntut ilmu dari orang yang lebih tahu”.

Adioss..

-JimieRay-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

8 Responses to “Salam perkenalan dari JimieRay.Com”

  1. pak_aen said:

    Tahniah JimieRay,

    Akhirnya, berjaya juga jimie menyiapkan blog nie ye… :)

    Saya minat dengan perenggan yang last kali tu..”Semoga kita semua jgn buang masa melihat dgn kejayaan org lain”…

    Teruskan usaha anda…

  2. Mohd Suki said:

    Aku sebenarnya tak tau apa2 lagi dgn website nih. Boleh hang terangkan lebih lanjut sikit?

  3. SmartZul said:

    Jimie, teruskan usaha anda sampai berjaya dan terus berjaya.. InsyaAllah.

  4. JimieRay said:

    Pak_ean : terima kasih atas tunjuk ajar anda juga dapat membantu. Masa tu pening juga kpala ni, blank semacam jerrr….Betul ler mcm kata SmartZul, mula2 tu asyik error, error, error, senget sana sini… :) skrg saya dah kena Nasib baik ada anda yg dapat bg semangat….

    SmartZul : terima kasih sudi dtg blog saya. Inilah hasil dr pembelajaran pertama saya dgn SmartZul. Masih byk lagi yang saya perlu belajar dgn SmartZul. Saya nak jadikan SmartZul Sbg MENTOR saya…Errr…brper kena bayar ekk… :)

    Mohd Suki : Hey Suki, geno mu…lamo tak jumpo. Banjir lg ke sane… Kalau nak tau lebih lanjut tentang blog ni kena ler selalu jengok2 blog ni… Insyaallah, saya akan updatekan info blog ni sekurang2nyer 2 hari sekali…. Tak ade bayaran ape2, free jee… Jengok jgn tak jengok..

  5. hapisol said:

    tahniah, anda telah melakukan langkah permulaan yg bijak.
    ingatlah, semua jutawan di malaysia ini bermula dgn langkah pertama, seringkali mereka gagal, namun mereka tidak putus asa dan terus melakukannya setiap hari.
    natijahnya setelah beberapa tahun, mereka berjaya.
    ohya, sekalung ucapan terima kasih kerana melatakkan link blog saya di sini. semoga Allah, memberkati keikhlasan anda ini.

  6. ktom said:

    Tahniah Jimie…..wajah blog yg amat menyejukkan mata memandang…itulah salah satu tips utk mendapatkan trafik ke blog kita….Memang untuk dapatkan sesuatu yg berharga kita tidak akan mendapatnya dgn mudah….gandakan usaha..jadikan pengalaman lalu sbg pengajaran….insyallah…kejayaan pasti milik kita..Walaupun blog ktom masih dlm proses tapi inilah prinsip yg ktom pegang.

    Ktom amat berbangga dgn semangat anak2 muda Melayu yg sedar berwawasan utk berjaya melalui perniagaan di internet ini. Andalah perintis bangsa dan negara. SYABAS dgn kesedaran dan kesungguhan ini.

  7. Labanon said:

    Tahniah… sama2 kita semarakan dunia ebiz tanah air :D

  8. Mohd Sufian said:

    Nak ucapkan TANIAH jugalah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Akan lebih meriah lagi dunia maya tempatan. :D

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>