Suku Tahun Pertama 2007 Akan Berakhir
April 27, 2007
Wahh3x…diam tak diam lagi 3 hari bulan April 2007 akan meninggalkan kita. Ini bermakna suku tahun pertama 2007 akan tamat.
Saudara/i, bagaimana dengan perjalanan 2007 anda sekarang. Maksud Jimie tentang perancangan matlamat anda pada tahun ini… Adakah masih berada di landasannya lagi atau pun dah tersasar? Jadi sekaranglah masanya (suku tahun pertama) kita kena tengok kembali matlamat kita untuk tahun ini boleh tercapai atau tidak. Masa inilah untuk kita bermuhasabahkan diri kita.
Kalau masih lagi berada di landasan yang sebenar, Alhamdulillah. Tapi kalau dah rasa mula tersasar sikit masih sempat lagi untuk anda cuba memperbetulkannya lagi sebab kita masih ada lagi 8 bulan untuk kita tempuhi tahun 2007. Bagi Jimie Alhamdulillah, berjalan seperti yang di rancangkan. Blog Jimie yang kedua pun akan Jimie lancarkan dalam bulan Mei ini. Oppsss… Blog apa tu Jimie??? Hoo.hoo..hoo… Emm..Jimie belum bagitahu lagi ker pada anda? Sebenarnya Jimie dalam perancangan nak lancarkan blog yang kedua dalam sedikit masa lagi. Nantikan di post yang akan datang Jimie akan ceritakan lebih lanjut tentang blog terbaru Jimie ni. So, kena selalu la singgah blog Jimie ni…
Sebenarnya minggu ni Jimie agak sebuk sikit. Yang pertama di tempat kerja Jimie. Banyak kerja nak kena selesaikan minggu ini juga sebab minggu depan tu kan banyak cuti sangat. Jadi kena la selesaikan minggu ini juga. Yang keduanya besok, 2 orang adik ipar akan di ijabkabulkan serentak. Jadi kena la tolong apa-apa yang patut.
Dalam masa yang sama besok juga kebetulan SmartZul akan berada di Penang kerana pada hari Ahad nanti beliau akan adakan satu seminar perniagaan internet di kawasan utara ni bertempat di Kepala Batas, P.Pinang. Jadi di kesempatan inilah Jimie ambil peluang akan berjumpa dengan beliau petang besok. Banyak perkara Jimie nak tanya dengan beliau ni… Maklum la Jimie ni masih baru lagi dalam bidang ni. Bila sifu dah ada dekat ni kena la ambil peluang begini. Dan pada hari Ahad juga Jimie akan sertai bersama seminar SmartZul tu walaupun pada hari tersebut anak sulung Jimie yang pertama kali menyertai sukan di sekolah beliau, terpaksalah Jimie korbankan
Pada anda yang ambil kesempatan bercuti panjang minggu depan Jimie ucapkan selamat bercuti. Mungkin ada yang ambil peluang balik kampung ke atau berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia tu berhati-hatilah memandu. Masa memandu tu ‘Jangan Pandang Belakang‘ ingatlah orang yang tersayang… Jumpa lagi di post yang akan datang pada hari Isnin nanti. Adioss…
-JimieRay-
PS - Anda ingin memiki blog dot com sendiri seperti ini? Dapatkan terus di sini, sila klik www.kitblogger.com


















Posted in 





content rss

May 4th, 2007 at 9:13 pm
Tahniah jimie! Perasan tak perasan, blog ni dah dapat Google PR2.
Terima kasih belanja saya makan hari tu. Rindu lak kat nasi kandar. InsyaAllah, next time ke sana lagi.
May 15th, 2007 at 2:14 am
Yelah Zul…pada awal dulu saya takut2 gak nak buat blog sendiri. Ada ke orang nak baca blog aku ni….
Tapi skrg dah makin yakin. Dah makin bersemangat lagi.
Terima kasih atas tunjuk ajar dari Zul dan rakan IM semua.
Tanpa di sedari anda semua adalah tempat rujukan Jimie yg sebenarnya.