Cuti-cuti Malaysia Sambil Tengok Orang Kawin :)

Date June 14, 2007

Bersua kembali di arena blog. Semuga anda semua ceria-ceria selalu walaupun kawasan anda sedang di landa banjir. Bawa-bawa la bersabar dengan ujian dariNya.

Sebenarnya post saya kali ini relax saja. Saya nak menceritakan perjalanan saya ke Kuantan pada minggu lepas. Lagi pun sekarang ni saya dalam proses nak memulakan projek saya yang sebelum ni telah saya rancang tetapi sedikit terlewat dari tarikh asal kerana bulan lepas saya agak sebuk sangat. Kalau tiada halangan melintang Insyaallah, saya akan siapkan projek saya penghujung bulan ini atau seawal bulan Julai nanti. Ni pun saya tengah siapkan bahan-bahan yang akan di adunkan masukkan di dalam ebook @ special report saya untuk projek terbaru ini. Harap anda selalu kunjungi blog ini untuk melihat pengumuman tentang blog terbaru saya ini.

Pengantin Baru

Post saya yang lepas saya menceritakan bahawa saya telah menyambut 2 orang biras serentak. Yang seorang orang Kuantan. Jadi kebetulan pada tarikh sambutan hari jadi saya baru-baru ini (1 Jun 2007) saya ke Kuantan untuk urusan kenduri di sebelah pengantin lelaki di Semambu, Kuantan.

Sambutan kenduri pada hari Sabtu (2 Jun 2007) di sana amat meriah sekali. Kebetulan pula beras biras baru saya ni adalah salah seorang ahli kelab kereta proton di kawasan kuantan iaitu Battles Club. Jadi pada hari kenduri tersebut kami dan rombongan pengantin di bawa berarak secara konvoi dengan hampir 20 biji kereta dari ahli-ahli Battles Club, bermula dari Pantai Batu Hitam ke Perumahan Taman Semambu, Kuantan. Terimakasih kepada pesukan marshal hari itu yang mengiringi konvoi kami bagi melancarkan perjalanan.

Battles ClubSila klik pada gambar sebelah untuk melihat gambar ahli kelab yang menyertai konvoi ini pada hari tersebut. Entah-entah gambar anda pun ada sama. :)

Kepada anda yang tinggal di sekitar Kuantan khasnya atau Pahang amnya silalah layari website mereka untuk mengetahui perkembang dan aktiviti kelab tersebut. Sila klik di http://www.battlesclub.com Semasa saya sempat berbual dengan ahli kelab tersebut saya di fahamkan bahawa mereka sering mengadakan aktiviti kemasyarakatan untuk ahli sertai. Kalau saya pun orang Kuantan sudah tentu saya pun akan turut menyertai sama. Kepada pihak pengurusan kelab tersebut, sekiranya ada perancangan untuk mengadakan aktiviti di sebelah utara ini jangan lupa hubungi saya. Sekiranya memerlukan pertolongan, Insyaallah, saya akan cuba bantu.

Cuti2 TerengganuPada sebelah petang selesai majlis kenduri kami bertolak ke Kuala Terengganu kerana rancang untuk bercuti sehari di Kuala Terengganu dengan mentua dan adik2 ipar disana. Kebetulan saya ada sorang lagi biras (kakak yang sulung sebelah isteri saya) yang tinggal di K.Terengganu dan seorang abang kandung tinggal di Dungun. Saya sempat singgah makan malam di rumah abang saya di Dungun sebelum teruskan perjalanan ke K.Terengganu. Sampai di K.Terengganu sekitar jam 1.30 pagi.

Beca Executive Kebetulan pula di K.Terengganu pada minggu tersebut sedang di adakan satu acara Pesta Makanan Peringkat Kebangsaan. Apa lagi pada hari Ahad (3 Jun) kami buat keputusan untuk jalan-jalan cari pasal makan kat situ di samping bershoping di Pasar Payang dan berbeca di sekitar K.Terengganu. Huu..huu… dah lama tak merasa naik beca. Itu pun masa kecil-kecil dulu naik beca di bandar Alor Setar. Anak-anak pula beria-ria nak naik beca.

Semasa abang beca tu sedang kayuh sekitar K.Terengganu sempat juga saya bual dengan abang beca tu. Saya kata pada beliau “Wahh…kuat juga abang kayuh ekk… Laju ni” Jawab abang beca tu “Abang bukan kayuh sangat pun, beca ni dah di pasang enjin kecil guna kuasa bateri…ni pun hadiah oleh kerajaan negeri ni” Patut la saya tengok abang beca tu kayuh relax jer tapi terasa laju gak beca tu bergerak. :) (Teringat pula lagu abang beca)

Dato' Idris Jusoh

*-Jimie dan keluarga sempat bergambar bersama Menteri Besar Terengganu, YB Dato’ Idris Jusoh.

Disebabkan saya tak dapat bercuti panjang kerana urusan kerja jadi pada sebelah malam lebih kurang jam 9 terpaksa juga saya bertolak balik ke Penang. Seorang lagi adik ipar balik ke K.Lumpur pada malam tu juga. Tinggal mentua jer yang terus sambung cuti di K.Terengganu. Sebelum ni semasa datang terasa seronok jer berkonvoi 4 biji kereta tapi malam ni terpaksa menerjah kepekatan malam untuk meredah hutan belantara puncak titiwangsa sekitar jam 1 pagi yang sesekali terserempak dengan sekawan gajah kabus yang amat pekat menyebabkan pandangan terhad hanya beberapa meter saja, sambil di temani isteri dan anak-anak yang sedang tidor keletihan. Kami meneruskan perjalanan malam itu ke destinasi Pulau Mutiara melalui banjaran titiwangsa. Jumpa lagi. Adioss… (Fuhh…! macam cerpen pulak) :)

-JimieRay-

PS - Sudahkah anda memiliki blog dot com sendiri seperti ini. Sila dapatkan Pakej Kit Blogger untuk memudahkan anda mamiliki blog sendiri seperti ini. Sila klik pada banner ini:

Kit Blogger

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

6 Responses to “Cuti-cuti Malaysia Sambil Tengok Orang Kawin :)”

  1. KBloggers said:

    Salam.
    Lain X. Kalau ke KT, singgah lah dulu kat Kemaman. Kita boleh minum kopi dengan keropok sambil bincang hal ehwal alam cyber. Teganung doh makin comel lening!.

  2. Mawardee said:

    La, kenapa tak bagitahu saya datang Terengganu? Saya pun duduk kat terengganu nie. Apapu, tentunya pengalaman menarik berada di terengganu. Kan? :)

  3. JimieRay said:

    KBlogger - Pelan awal memang saya nak singgah Kemamang dulu. Nak makan ’sata’ kat Geliga (salah satu ’sata’ yg paling femes saya rasa) tapi tak sempat. Saya lalu Kemamang pung dah jam 8 mlm. Saya ni memang pantang jumpa ’sata’. Tapi nasib masa kat Kuantan sempat gak makan kat Pantai Batu Hitam.

    Mawardee - Terengganu adalah salah satu negeri yg paling suka saya lawati krn pantainya cantik2 (Tu lum masuk bab gewe2 Ganu lagi…He..hee…). Selalunya kalau saya drive dari KT ke Dungun di waktu petang akan makan masa yg lama sbb saya akan singgah bila jumpa pantai yg cantik di kaw itu.

    Insyaallah di lain masa mungkin kita akan jumpa. Thanks KBlogger & Mawardee atas pelawaan anda.

  4. ktom said:

    Wah..wah bergaya sakan Jimie anak beranak ya…..

  5. salindah said:

    Jalan-jalan di Terengganu memang best…

  6. Terciptanya Sejarah | JimieRay Dot Com said:

    […] saya. Insyaallah, pada tahun depan (2008) mertua saya akan menerima seorang lagi menantu dan juga bakal menerima dua orang cucu setelah menerima dua orang menantu serentak pada pertengahan tahun ini. Inilah indahnya perkahwinan kerana setiap tahun bila sesuatu keluarga itu akan bertambah dan […]

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>