AlFatihah Untuk Bonda Tercinta

Date July 2, 2007

Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Saya ingin buat satu pengumuman bahawa bonda tercinta saya Pn Roziyah Binti Haji Said telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.40 pagi 15-Jamadilakhir-1428 bersamaan 29-June-2007 (Sabtu) dan dikebumikan bersebelahan pusara ayahanda saya pada jam 11.00 pagi hari Sabtu yang sama. Bonda saya telah menghembuskan nafas terakhir beliau di rumah kami di Bt 8 Simpang Empat, Alor Setar, Kedah disisi kesemua anak-anak dan sebahagian cucu beliau.

Sebelum ini beliau telah di sahkan mengidapi penyakit kanser ‘Pankreas’ pada pertengahan tahun yang lalu dan sering mendapat rawatan di Hospital Alor Setar di unit Paliatif Care Unit (PCU). Terimakasih kepada pihak jururawat-jururawat, doktor-doktor dan semua petugas Paliatif Care Unit yang telah membantu dan memberikan rawatan terbaik kepada beliau di sepanjang beliau menerima rawatan selama hampir 4 bulan di situ.

Juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan mendoakan kesejahteraan beliau di sepanjang beliau menderita menanggung penyakit kanser itu. Semuga segala sumbanggan samaada berupa bacaan Yassin, doa selamat atau sumbang berupa wang ringgit atau sumbangan tenaga akan di berkati Allah.

Akhir kata marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan AlFatihah kepada bonda saya semuga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan golongan orang-orang beriman. AlFatihah!

Sekian. Terima Kasih.

~JimieRay~

PS- Saya akan bercuti menulis di blog ini sehingga minggu hadapan. Harap anda tidak akan melupai untuk mengunjungi blog JimieRay Dot Com lagi.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

37 Responses to “AlFatihah Untuk Bonda Tercinta”

  1. azizi said:

    assalamualaikum…

    takziah abg mie. sorry saya dah lama tak masuk jimieray ni. hari ni tiba-tiba teringat nak masuk. kawan-kawan kat sini semua ucap takziah.
    semoga abg tabah hadapi dugaan ni.

    azizi
    aloq stuck

  2. cikgu azleen said:

    Takziah buat Jimie.. Setiap orang pun akan mati juga.. Tak ada apa yang dapat menghalangnya.. Sama-samalah kita ambil iktibar. Yang pentingnya, kita sama-sama buat persediaan untuk mati..

  3. Imo Imora said:

    Salam takziah buat Jimie.. harap bersabar atas dugaan-Nya :-( .

  4. ali sihatsokmo said:

    Bila Izrail datang memanggil, takkan dicepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat…setiap yg hidup pasti merasai mati…takziah jimie

  5. Bella said:

    Hai Jimmy,,,actlly saya 1 time add awak.Ape2 pun takziah utk awak sekeluarga,walau pun agak lewat utk m’ucap nye.

  6. profidz said:

    assalam…wbh jimie,

    mungkin tak terlambat utk sy mengucapkan takziah utk anda sekeluarga atas pemergian bonda tersayang…

    moga2 rohnya sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati.. insyaallah

  7. eL.fReaKzTeR said:

    takziah dan al-fatihah untuk bonda kamu.

  8. zaQ|u said:

    assalammualaikum abg jimie…. salam takziah…

  9. ezlene said:

    takziah dan al-fatihah.. moga dicucuri rahmat..

  10. senyum sokmo -nora said:

    Assalammualaikum

    Takziah…Al-Fatihah

    InsyaAllah…ditempatkan di kalangan org2 yang berIman

    For U….. sentiasa menghantar bacaan AlQuran tuk Ayah & Bonda……..

    K. Wassalam

  11. haisah said:

    salam takziah dan semoga dicucuri rahmat keatasnya.

  12. Suhana said:

    Salam takziah dari say.. sy baru bace article ni pg td.. teruskan perjuangan hidup..Bersabar di atas dugaan yang menimpa…

  13. pak uda said:

    takziah buat jimie

    ” mati adalah pasti
    pergi takkan kembali
    hanya hadiah dari anak soleh seperti jimie yang akan
    membantu ibu ”

    al fatihah….

  14. mala said:

    takziah.semoga tabah hadapinya.

  15. Roshatika said:

    al-Fatihah…..

  16. Paypal2u Bloggers said:

    Takziah dan Belasungkawa kepada anda sekeluarga. Semoga pemergian bonda anda tercinta diiringi dengan doa dan rahmat Ilahi.

  17. nora said:

    patutlah lama tak dpt berita dari jimie

    salam takziah dari nor

    alfatihah

  18. wenkt said:

    al fatihah

  19. manje said:

    al-fatihah

  20. miss said:

    Takziah dr miss seisi keluarga…mungkin agak lewat..sebagai umat kita memang telah menyedari waktu dan ketika nya..cuma waktu yang tepat..Allah maha mengetahui…

    Al Fatihah..

  21. Abang Em R said:

    Takziah utk Jimie. Kehilangan orang tersayang (ibu pula) adalah ujian paling besar.. Banyakkan bersabar.

  22. myvc2u said:

    Salam saudara mie,

    Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambanya yang solehah. al Fatihah.

  23. k.lynn said:

    Salam Jimie, takziah dan al-fatihah untuk arwah bonda Jimie, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

  24. livergals said:

    semekom…abg,sorry laaa zuera baru jer tau pasal arwah mak abg,TAKZIAH …relax tabahkan ati…zuera pun macam tu gak…arwah mama zuera PERGI 2/1/07 lepas…tabahkan ati…okay…ASSALAMMUALAIKUM

  25. Badruzamani Azmi said:

    Takziah buat Jimie… Semoga Allah mencucuri roh bonda saudara. Banyakkan bersabar dan selalu mendoakannya selepas solat fardhu. Jangan pula lupa solat :) Sambut salam takziah dari saya buat saudara sekeluarga.

  26. kak long sayang semua said:

    salam takziah buat bro Jimie….
    kami sentiasa doakan yg terbaik utk semua kengkawan dan keluarganya…

  27. NafieCarL said:

    Salam takziah untuk saudara Jimie

  28. eastmail said:

    Takziah utk Jimie, keluarga & saudara mara dr saya & eddy di freewaremall & carscentral.blogspot.com.

    Al-fatihah utk bonda Jimie dan kami doakan beliau senantiasa dicucuri rahmat NYa. Amin

  29. matt said:

    Takziah abg jimey, saya dapat tahu berita ni minggu lepas, selepas jumpa dengan Zul. Maaf sebab lama tak masuk blog jimieray. Semoga roh bonda abg dicucuri rahmat Illahi bersama-sama roh bonda saya yang kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2007. Al-Fatihah untuk mereka…

  30. Amir said:

    Takziah untuk Allahyarham bonda Jimmy, semoga rohnya dicucuri rahmat..

  31. Maizul said:

    Takziah juga dari saya… Al-Fatihah.

  32. Labanon said:

    Takziah juga dari saya…

  33. Pada Malam Bulan Purnama | JimieRay Dot Com said:

    […] Sahabat budiman…apabila melihat langit gelap dan tiada bulan menghiasi malam, ingat-ingatlah pada kematian. […]

  34. web statistics said:

    i’m using idlogger (http://www.idlogger.com) for web statistics, it’s very powerfull and affordable.

  35. Jaga Kesihatan » Kempen Kesihatan Jantung GAGAL - Kementerian Kesihatan » Blog Archive said:

    […] 2005 berkaitan dengan penyakit jantung. Penyakit-penyakit kronik lain yang turut tersenarai ialah kanser, kencing manis, darah tinggi dan buah […]

  36. suhaila said:

    salam takziah ya..su baru tahu..dah lama tak masuk blog ni..tak tahu pun mak abg jimmy dah meninggal..semoga abg jimmy dan keluarga happy bercuti tu..tak ajak pun ek..hehe

  37. ofer said:

    Nice blog, Al-Fatihah

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>