Selamat Berhari Raya dan Selamat Bercuti

Date October 11, 2007

Assalamualaikum dan salam lebaran.

Nampaknya kita sudah berada di penghujung Ramadhan. Rasa begitu cepat jer Ramadhan nak meninggalkan kita pada tahun ini. Tentu anda masih ingat semasa kita zaman kanak2 dulu, nak tunggu waktu berbuka pun terasa lambat inikan pula nak tunggu raya. Tapi sekarang segala2nya terasa cepat jerr. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Saya rasa tentu semuanya bejalan lancar. Jangan lakukan pada saat2 akhir. Nanti kalang kalibut jadinya…. Huu..huu.. :)

Bagi anda yang nak pulang ke kampung atau kemana2 saja di musim perayaan ini, berhati-hatilah memandu. Ikut peraturan, jangan nak cepat jerr… Jangan jadikan diri kita sebagai sebahagian dari stastistik kemalangan maut pada musim perayaan ini. Juga kepada anda yang tak dapat pulang berhari raya mungkin kena bertugas ke, anggaplah ini amanah dan cabaran yang perlu anda tunaikan. Saya ingat lagi sekitar tahun 1998 - 2003 semasa itu saya bertugas di KL, kebetulan isteri seorang jururawat di Hospital Kuala Lumpur.  Semasa tu kerap jugalah tak dapat beraya di kampung dengan keluarga. Sedih tu jangan cakap la… tapi apa boleh buat, isteri kena menjalankan tugas dia.

Tapi semenjak bertukar ke Penang ni senang la sikit sebab kampung pun dah dekat. Keluarga sebelah isteri pun dekat Penang gak. Jadi saya akan balik kampung pada petang Jumaat ni. Oppss…sebelum balik kampung jom kita layan lagu balik kampung kat blog Cikgu Azleen  atau lagu Anuar Zain kat blog AliCyber. Orang kata raya-raya ni kalau tak layan lagu raya macam tak meriah jer. :)

Di kesempatan ini kepada anda yang sering berkunjung ke blog JimieRay.com saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita di blog ini mungkin saya ada terkasar bahasa atau perkara yang boleh menyinggungkan anda semua. Selepas raya ni saya ada projek terbaru yang saya akan umumkan di sini. Sebenarnya projek ini dah dirancang sebulan dua yang lalu tapi asyik tertangguh jer sebab banyak kerja opis yang perlu diselesaikan dulu. Mungkin saya akan lancarkan pada penghujung bulan ini atau awal Oktober nanti kerana lepas raya ni saya nak setupkan program affiliate (ini pun atas bantuan seseorang yang mungkin anda kenali :) ) untuk anda sertai satu cabaran. Yang pasti ada hadiah untuk anda yang sertai cabarannya nanti.. Huu..huu..  So, jangan terlepas peluang pulak dan jangan lupa kunjungi blog ini lagi lepas raya nanti untuk mengetahui perkembangannya. Adioss…

~JimieRay~

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

5 Responses to “Selamat Berhari Raya dan Selamat Bercuti”

  1. ali sihatsokmo said:

    thnks 4 trackback.

    owh lama menghilang rupanya diam2 ada projek abg jimie kita ni, huih macam bisnes besar je…takpe la …kita tungguuuuuuu…! :D

  2. zool said:

    OO.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK Anda juga..

  3. Sukeri said:

    Selamat Hari Raya Jimmie, maaf zahir batin

  4. Cikgu Azleen said:

    Selamat hari raya jimie..

  5. amirol said:

    Selamat hari raya jimiey.. walaupun dah nak masuk 2 minggu kita beraya. :D

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>