2007 Semakin Hampir Meninggalkan Kita, Kesibukan Melanda
December 9, 2007
Salam sejahtera dan jumpa lagi. Semuga anda semua terus sihat dan setia mengunjungi blog ini lagi. Tentu anda semua sudah baca posting saya yang lepas tentang satu cabaran atau pertandingan yang akan saya anjurkan pada 18hb nanti. Kalau belum baca, sila baca kembali di post yang lalu disini…Sila Klik!
Sebenarnya ikutkan pengiraan bulan Disember ini adalah bulan yang cukup-cukup sebuk bagi saya kali ini. Pertamanya ada 4 orang bapa/emak sedara yang ke Mekah untuk tunaikan Haji. Alhamdulillah mereka semua sudah selamat sampai ke Tanah Suci. Doa saya semuga mereka akan dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Terasa sayu dan hiba juga saya semasa hantar mereka ke tabung haji itu hari. Ya la…ikut perancangan arwah bonda saya akan ikut serta bersama mereka. Jadi semasa hantar mereka ke sana saya terasa seperti bonda saya ikut serta juga. Masa itu tak terasa air mata saya tergenang dan sayu teringatkan bonda saya. Alfatihah untuk bonda tersayang.
Yang kedua kesibukan ini datang disebabkan musim cuti sekolah ni banyak sangat orang kenduri kawin. Huu..huu… Yang belum kawin tu cepat-cepat la kumpul duit untuk kawin. Tak tahu nak kumpul anda perlu belajar kumpul duit kawin kat sini…
Yang ketiga, setiap bulan Disember ni adalah bulan saya menyambut ulangtahun perkahwinan saya.
Tahun ini adalah ulangtahun yang kesebelas. Fuhh…sekejap jer tak terasa dah 11 tahun berlalu. Selalunya setiap tahun saya dan isteri akan bawa anak-anak keluar bercuti bersama sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari. Tahun ini kami pilih tempat yang dekat jer tapi belum pernah sampai lagi. Jadi ketika anda baca blog ini (10-13 Dis) saya sudah dan sedang bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Kalau ada sesiapa pembaca blog ini kesana dalam sehari dua ni cuba-cuba la intai-intai saya kat sana. He..hee…
Yang keempt, pada 18hb ini saya akan melancarkan satu projek terbaru saya. Projek yang pertama pulak tu, berdebar-debar juga ni, hinggakan mengigau-ngigau kat tempat tidur dok fikirkan tentang projek ni.
Nasib baiklah saya dapat bantuan @ JV dengan salah seorang IM Malayia. Tanpa beliau tentu terkebil-kebil juga saya nak mulakan projek ini. Terima kasih tak terhingga untuk beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya macamana nak mulakan projek ini. Tantu anda nak tahu siapa beliaukan…. Takpe, ditulisan saya yang akan datang saya akan dedahkah kepada anda siapa rakan JV pertama saya ini. Yang pasti orangnya cukup terkenal dikalangan USAHAWAN INTERNET MALAYSIA.
Pada 20 Dis ni kita akan sambut hari raya Aidi-Adha pula. Tentu anda sedang berkira-kira untuk cuti dan pulang ke kampung. Dikesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda semua yang akan pulang ke kampung supaya berhati-hatilah semasa memandu. Yang penting semasa sambut hari raya tu kena beringat-ingat sama tentang makanan. Jangan makan terlalu banyak sangat daging korban tu…nanti boleh mengundangkan penyakit. Kesihatan kena jaga juga kerana ‘Kesihatan Asas Kehidupan’.
Dan, pada minggu-minggu terakhir Disember maka ibubapa yang ada anak nak bersekolah tu tentu makin sibuk untuk persiapan anak nak bersekolah. Tambah-tambah kalau ada yang tak dapat bonus, mau awal tahun depan kena puasa awal. Hee..hee…
Jadi, saya tak nak menaip berceloteh panjang lagi. Semuga anda semua dah bersedia melakuan perancangan untuk perjalanan 2008 nanti. Yang pasti bagi saya tahun 2008 adalah fassa bermulanya saya dalam perniagaan internet. Setelah hampir setahun saya belajar berblogging (kerana saya memang berasal dari golongan yang tidak pandai IT - orang kata belajar godek-godek dulu
) kini JimieRay baru bermula!
Jumpa lagi. Adioss….
Ps - Disebabkan tarikh hari raya Aidil-Adha berdekatan dengan tempoh pelancaran projek terbaru saya (18hb Dis) besar kemungkinan saya akan tunda projek terbaru itu. Nanti, saya cuba cari ilham dulu masa kat Bukit Merah ni. (Fuhh…macam Pak Lah cari ilham nak tentukan Pilihanraya Bersih pula. Hee..hee…)
~JimieRay~


















Posted in 





content rss

Komen Terkini