Salam Aidil-Adha
December 19, 2007
Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha
Huhh…dah malam raya malam ni, maafkan saya kerana terlewat untuk buat post terbaru minggu ni. Ingatkan lepas balik bercuti saya akan buat post terbaru mengenai perkembangan projek terbaru saya. Tapi disebabkan dengan kekangan kerja, tambah-tambah cuti banyak sangat di penghujung tahun ni terpaksalah saya kena siapkan dulu kerja-kerja office yang bertimbun ni. Lagi pun saya ni sering online menggunakan laptop di kedai mamak yang ada wifi saja lagi la terhad banget…
Walau bagaimana pun kepada anda yang sering melepak bertandang ke blog ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf zahir dan batin. Semuga kita sama-sama menghayati erti pengorban yang sebenar. Satu pesanan penaja dari saya kalau makan daging tu jangan makan terlalu banyak sangat. Kesihatan kena juga jaga kerana ‘Kesihatan Asas Kehidupan‘.
Berbalik kepada perkembangan projek terbaru saya, nampaknya setelah berbincang dengan rakan JV saya akhirnya saya buat keputusan untuk tunda ke minggu terakhir 2007 ini. Hasil pengalaman rakan JV saya beliau mengatakan bahawa tarikh yang saya cadangkan itu agak terhad atau tak berapa sesuai kerana musim waktu cuti tu banyak sangat. Ya laa…musim cuti-cuti malaysia ni kan, berapa banyak sangat orang nak online. Tambah-tambah bila dah sibuk pergi beraya ni, jadi kesian la kepada anda yang menyertai cabaran tu…tentu tak adilkan. Tapi anda jangan risau mengenai cabaran JimieRay tu kerana hadiahnya tetap tidak berubah.
Jadi, tunggukan pengumuman dari saya di post yang akan datang. Jam dah pukul 9 malam ni… nak balik tolong wife buat ketupat pula…He..hee..
Besok pagi lepas sembahyang raya baru nak balik kampung saya di Alor Setar. Harap-harap kat sana tak banjir… Jumpa lagi. Adioss…
~JimieRay~


















Posted in 





content rss

December 21st, 2007 at 3:52 pm
selamat hari raye
December 21st, 2007 at 8:37 pm
Selamat hari raya aidil adha, best jer bunyi nyer cabaran tu..hehe..
December 30th, 2007 at 11:28 pm
Ehm, apapun. Selamat hari raya! Dan Selamat tahun baru! Semoga tahun baru anda lebih ceria !