Assalamualaikum dan jumpa lagi.
Saya ingin buat satu pengumuman bahawa bonda tercinta saya Pn Roziyah Binti Haji Said telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.40 pagi 15-Jamadilakhir-1428 bersamaan 29-June-2007 (Sabtu) dan dikebumikan bersebelahan pusara ayahanda saya pada jam 11.00 pagi hari Sabtu yang sama. Bonda saya telah menghembuskan nafas terakhir beliau di rumah kami di Bt 8 Simpang Empat, Alor Setar, Kedah disisi kesemua anak-anak dan sebahagian cucu beliau.
Sebelum ini beliau telah di sahkan mengidapi penyakit kanser ‘Pankreas’ pada pertengahan tahun yang lalu dan sering mendapat rawatan di Hospital Alor Setar di unit Paliatif Care Unit (PCU). Terimakasih kepada pihak jururawat-jururawat, doktor-doktor dan semua petugas Paliatif Care Unit yang telah membantu dan memberikan rawatan terbaik kepada beliau di sepanjang beliau menerima rawatan selama hampir 4 bulan di situ.
Juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan mendoakan kesejahteraan beliau di sepanjang beliau menderita menanggung penyakit kanser itu. Semuga segala sumbanggan samaada berupa bacaan Yassin, doa selamat atau sumbang berupa wang ringgit atau sumbangan tenaga akan di berkati Allah.
Akhir kata marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan AlFatihah kepada bonda saya semuga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan golongan orang-orang beriman. AlFatihah!
Sekian. Terima Kasih.
~JimieRay~
PS- Saya akan bercuti menulis di blog ini sehingga minggu hadapan. Harap anda tidak akan melupai untuk mengunjungi blog JimieRay Dot Com lagi.
38 Responses
azizi
02|Jul|2007 1assalamualaikum…
takziah abg mie. sorry saya dah lama tak masuk jimieray ni. hari ni tiba-tiba teringat nak masuk. kawan-kawan kat sini semua ucap takziah.
semoga abg tabah hadapi dugaan ni.
azizi
aloq stuck
cikgu azleen
02|Jul|2007 2Takziah buat Jimie.. Setiap orang pun akan mati juga.. Tak ada apa yang dapat menghalangnya.. Sama-samalah kita ambil iktibar. Yang pentingnya, kita sama-sama buat persediaan untuk mati..
Imo Imora
02|Jul|2007 3Salam takziah buat Jimie.. harap bersabar atas dugaan-Nya
.
ali sihatsokmo
03|Jul|2007 4Bila Izrail datang memanggil, takkan dicepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat…setiap yg hidup pasti merasai mati…takziah jimie
Bella
03|Jul|2007 5Hai Jimmy,,,actlly saya 1 time add awak.Ape2 pun takziah utk awak sekeluarga,walau pun agak lewat utk m’ucap nye.
profidz
04|Jul|2007 6assalam…wbh jimie,
mungkin tak terlambat utk sy mengucapkan takziah utk anda sekeluarga atas pemergian bonda tersayang…
moga2 rohnya sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati.. insyaallah
eL.fReaKzTeR
04|Jul|2007 7takziah dan al-fatihah untuk bonda kamu.
zaQ|u
04|Jul|2007 8assalammualaikum abg jimie…. salam takziah…
ezlene
04|Jul|2007 9takziah dan al-fatihah.. moga dicucuri rahmat..
senyum sokmo -nora
04|Jul|2007 10Assalammualaikum
Takziah…Al-Fatihah
InsyaAllah…ditempatkan di kalangan org2 yang berIman
For U….. sentiasa menghantar bacaan AlQuran tuk Ayah & Bonda……..
K. Wassalam
haisah
05|Jul|2007 11salam takziah dan semoga dicucuri rahmat keatasnya.
Suhana
05|Jul|2007 12Salam takziah dari say.. sy baru bace article ni pg td.. teruskan perjuangan hidup..Bersabar di atas dugaan yang menimpa…
pak uda
05|Jul|2007 13takziah buat jimie
” mati adalah pasti
pergi takkan kembali
hanya hadiah dari anak soleh seperti jimie yang akan
membantu ibu ”
al fatihah….
mala
05|Jul|2007 14takziah.semoga tabah hadapinya.
Roshatika
06|Jul|2007 15al-Fatihah…..
Paypal2u Bloggers
09|Jul|2007 16Takziah dan Belasungkawa kepada anda sekeluarga. Semoga pemergian bonda anda tercinta diiringi dengan doa dan rahmat Ilahi.
nora
11|Jul|2007 17patutlah lama tak dpt berita dari jimie
salam takziah dari nor
alfatihah
wenkt
11|Jul|2007 18al fatihah
manje
12|Jul|2007 19al-fatihah
miss
12|Jul|2007 20Takziah dr miss seisi keluarga…mungkin agak lewat..sebagai umat kita memang telah menyedari waktu dan ketika nya..cuma waktu yang tepat..Allah maha mengetahui…
Al Fatihah..
Abang Em R
12|Jul|2007 21Takziah utk Jimie. Kehilangan orang tersayang (ibu pula) adalah ujian paling besar.. Banyakkan bersabar.
myvc2u
12|Jul|2007 22Salam saudara mie,
Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambanya yang solehah. al Fatihah.
k.lynn
16|Jul|2007 23Salam Jimie, takziah dan al-fatihah untuk arwah bonda Jimie, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
livergals
17|Jul|2007 24semekom…abg,sorry laaa zuera baru jer tau pasal arwah mak abg,TAKZIAH …relax tabahkan ati…zuera pun macam tu gak…arwah mama zuera PERGI 2/1/07 lepas…tabahkan ati…okay…ASSALAMMUALAIKUM
Badruzamani Azmi
19|Jul|2007 25Takziah buat Jimie… Semoga Allah mencucuri roh bonda saudara. Banyakkan bersabar dan selalu mendoakannya selepas solat fardhu. Jangan pula lupa solat
Sambut salam takziah dari saya buat saudara sekeluarga.
kak long sayang semua
20|Jul|2007 26salam takziah buat bro Jimie….
kami sentiasa doakan yg terbaik utk semua kengkawan dan keluarganya…
NafieCarL
21|Jul|2007 27Salam takziah untuk saudara Jimie
eastmail
23|Jul|2007 28Takziah utk Jimie, keluarga & saudara mara dr saya & eddy di freewaremall & carscentral.blogspot.com.
Al-fatihah utk bonda Jimie dan kami doakan beliau senantiasa dicucuri rahmat NYa. Amin
matt
23|Jul|2007 29Takziah abg jimey, saya dapat tahu berita ni minggu lepas, selepas jumpa dengan Zul. Maaf sebab lama tak masuk blog jimieray. Semoga roh bonda abg dicucuri rahmat Illahi bersama-sama roh bonda saya yang kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2007. Al-Fatihah untuk mereka…
Amir
01|Aug|2007 30Takziah untuk Allahyarham bonda Jimmy, semoga rohnya dicucuri rahmat..
Maizul
07|Aug|2007 31Takziah juga dari saya… Al-Fatihah.
Labanon
22|Aug|2007 32Takziah juga dari saya…
Pada Malam Bulan Purnama | JimieRay Dot Com
23|Aug|2007 33[…] Sahabat budiman…apabila melihat langit gelap dan tiada bulan menghiasi malam, ingat-ingatlah pada kematian. […]
web statistics
03|Sep|2007 34i’m using idlogger (http://www.idlogger.com) for web statistics, it’s very powerfull and affordable.
Jaga Kesihatan » Kempen Kesihatan Jantung GAGAL - Kementerian Kesihatan » Blog Archive
10|Dec|2007 35[…] 2005 berkaitan dengan penyakit jantung. Penyakit-penyakit kronik lain yang turut tersenarai ialah kanser, kencing manis, darah tinggi dan buah […]
suhaila
10|Dec|2007 36salam takziah ya..su baru tahu..dah lama tak masuk blog ni..tak tahu pun mak abg jimmy dah meninggal..semoga abg jimmy dan keluarga happy bercuti tu..tak ajak pun ek..hehe
ofer
12|Dec|2007 37Nice blog, Al-Fatihah
MariettaNewton29
11|Mar|2010 38Some time before, I needed to buy a car for my organization but I did not earn enough money and could not buy anything. Thank heaven my comrade suggested to get the business loans at trustworthy bank. Therefore, I did so and used to be satisfied with my commercial loan.
Leave a reply
Search
RSS Subscription
Financial Freedom
Aktif
Kategori
Post Yang Lepas
Link Kami
Pakar Ebiz
Rakan Blogger
Komen Terkini
Bina Mailing List Anda Segera!
Jom Bual
Jom Follow JimieRay
Visit Global Domains International
Rakan VIP Blog Ini :)
Rakan Online
Peta Pembaca
Jejak Pembaca
A design creation of Design Disease
Copyright © 2007 - JimieRay dot Com - is proudly powered by WordPress
InSense 1.0 Theme by Design Disease brought to you by HostGator Web Hosting.