Ketika perbualan mengenai Piala Dunia yang menghiasi laman sosial facebook, twitter dan blog berjaya menenggelamkan sentimen perkauman serta politik dalam kalangan penyokongnya, terdetik di fikiran Ahmad Sa’abun untuk menggunakan kelebihan laman sosial itu sebagai medium melaksanakan kerja amal Ramadan ini.

7985414.jpgTanpa niat mengaut sebarang keuntungan, aktiviti sukarela diberi nama Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ditubuhkan menggunakan facebook sebagai medium utama bagi mengumpul persalinan baju melayu dan baju kurung baru bagi diagihkan ke rumah anak-anak yatim serta fakir miskin seluruh Semenanjung Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut pengendali laman sosial itu, aktiviti sukarela tanpa mengutip sebarang dana ini mengumpul jenis pakaian yang bersesuaian untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dan merangkumi saiz S, M, L dan XL bagi dewasa.

Kaedah pembungkusannya juga diberikan kriteria tertentu bagi memudahkannya. Contohnya, bagi baju melayu mengandungi sehelai baju dan seluar, tidak perlu songkok serta samping. Manakala, baju kurung pula baju dan kain sahaja, tidak perlu tudung.

Pengirim perlu melabel saiz di bahagian luar bungkusan bagi memudahkan pihak urus setia mengenal pasti ketika melakukan proses pengagihan.

Urus setia dilarang menerima wang tunai. Wartawan NORHASPIDA YATIM dan Jurugambar, MIZAN MAT TAMIN mendapatkan penjelasan Ahmad mengenai program murni ini.

Bagi Ahmad, dalam menghulurkan sesuatu sumbangan, niat adalah wajib. Bahkan, hadis yang disampaikan Rasulullah SAW ada menyebut mengenai perkara itu dalam ayat sempurna yang sebahagiannya bermaksud, setiap perbuatan itu dinilai melalui niat.

Berpegang pada ayat ini, beliau mengorak langkah meneruskan usaha mencari individu atau persatuan untuk menyertai kempen ini seikhlas hati.

Ahmad mensasarkan kira-kira 10,000 pasang pakaian terkumpul untuk diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin dalam tempoh sebulan lebih bermula 16 Julai hingga 21 Ogos ini bersamaan 10 Ramadan depan.

Kempen ini mendapat kerjasama Selangor fm sebagai radio rasmi untuk kempen seluruh Selangor bersama beberapa individu lain, Zulhisham Tokasid, Mohd Rozmie, Omar Ramli, Fadzil Mohamed dan Zul Rahim.

 “Selama lima hari kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ditubuhkan dalam facebook, keahlian telah melebihi 1,500. Saya cukup terharu melihat keprihatinan rakyat Malaysia mengenai isu ini,” katanya.

Mana-mana individu atau persatuan yang berminat boleh menghulurkan sumbangan dan anda boleh terus menghantar di alamat Ahmad Sa’abun, No 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

Artikel ini dipetik dari Sinar Online

PS: Sertai kempen amal ini sekarang!!!Sila klik disini –> Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

 ~JimieRay

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks