16 Feb
Posted by: JimieRay in: Usahawan MLM, Usahawan, Motivasi, Renungan, Usahawan Internet, Umum
Beberapa minggu lepas kita dihidangkan dengan beberapa isu panas di blog usahawan internet iaitu saudara Zulfadli di SmartUsaha.com & saudara Labanon di Team FlareBiz. Saya baru saja terbaca post-post berkenaan isu tersebut kerana bulan ini banyak urusan kerja luar yang perlu di selesaikan menyebabkan saya kurang online sekarang ini.
Bagi saya dalam memberi dan menerima kritikan, tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas daripadanya. Namun begitu, sebelum memberi kritikan sesungguhnya anda perlu tahu bagaimana untuk melakukannya dengan penuh adab dan sopan kerana jika tersalah kata akan membawa padah. Begitu juga apabila anda menerima kritikan, perlu juga ada cara serta adabnya. Berikut adalah apa yang mungkin anda boleh lakukan apabila memberi dan menerima kritikan sama ada di pejabat, internet atau di mana-mana sahaja.
Memberi Kritikan
1 - Tidak kiralah apabila anda mengkritik seseorang disebabkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya, janganlah mengkritiknya secara kasar. Buat dengan cara yang sopan dan lembut. Anda boleh melembutkan ’serangan’ melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana.
Sebagai contoh, jika rakan sekerja membuat kesilapan, jangan sesekali berkata “Anda salah, Bagaimana anda mendapat jawapan sedemikian?” Sebaliknya, anda boleh berkata, “Saya mendapat jawapan yang berbeza. Bolehkan kita memeriksanya sekali lagi?”
2 - Jika seseorang mengkritik diri anda, apa yang sering kali mungkin anda lakukan adalah bersikap mempertahankan diri. Tetapi perlu diingat, setiap tindakan yang anda lakukan perlulah dihadapi dengan penuh tenang.
Sebagai contoh anda boleh berkata, “Saya fikir anda telah salah faham,” atau, “Jika begitu, eloklah kita melihat apa masalah sebenarnya”, atau, “Saya fikir perkara berikut tidak benar.”
3 - Elakkan penggunaan perkataan ‘tetapi’ kerana kadangkala ia akan menyebabkan seseorang itu naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri.
Sebagai contoh, daripada berkata “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, tetapi…” adalah lebih baik anda berkata, “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, dan lain kali saya cadangkan anda supaya menambah…”
4 - Apabila mengkritik, bercakaplah mengenai tingkah laku dan bukan mengenai personaliti seseorang yang dikritik. Sebagai contoh, jangan sesekali berkata ‘bodoh’ atau ’salah’.
5 - Jadikan komen anda sebagai sesuatu yang peribadi. Jangan sesekali mengkritik seseorang terutamanya ketika berada di hadapan orang dan khalayak ramai. Situasi ini boleh menyebabkan mereka yang dikritik berasa malu dan seterusnya boleh menyebabkan maruahnya tercalar di hadapan khalayak ramai.
6 - Jika mengkritik, pastikan anda memulakan dengan penghargaan. Cara sebegini dapat memberi kesan lembut terhadap perbualan yang bakal dilakukan.
Sebagai contoh, anda boleh berkata, “Anda seorang insan yang lemah lembut, sebab itulah saya terkejut apabila anda meninggikan suara terhadap mereka.”
7 - Kadangkala adalah lebih baik kritikan yang anda buat adalah dalam bentuk nasihat.
Sebagai contoh, daipada berkata, “anda tidak akan memperbaiki penulisan jika ada sentiasa menconteng,” lebih baik anda berkata, “Cubalah anda membentuk huruf dengan betul dan tulis perlahan-lahan.”
Menerima kritikan
1 - Jika terdapat sebarang ketidakpuasan terhadap kritikan, terimalah ia dengan hormat. Pastikan juga anda akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
2 - Andai kritikan tersebut tidak wajar, jangan biarkan keadaan menjadi teruk. Pastikan juga anda tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Hindari perbalahan dengan berkata, “lebih baik kita berbincang apabila kedua belah pihak telah bertenang,” atau “lebih baik kita cari hari dan waktu yang sesuai untuk berbincang.”
3 - Jika seseorang mengkritik anda di hadapan orang lain, anda boleh berhenti melakukan sebarang kerja yang sedang anda lakukan atau berkata dan melihat ke arahnya atau anda juga berkata seperti ini, “Tolong beritahu pendapat atau kritikan anda secara peribadi, bukan di sini.”
4 - Apabila anda tidak pasti akan kebenaran kritikan yang diterima, anda boleh berkata, “Saya akan fikirkan mengenai perkara tersebut, dan nanti saya jumpa anda semula.”
5 - Jika anda betul-betul ada membuat kesilapan, adalah lebih baik jika anda meminta maaf dan berkata, “Saya tidak sengaja untuk berbuat sebegitu…, dan saya meminta maaf jika saya jika saya telah menyakiti hati awak.”
6 - Adalah tidak elok untuk menghina orang lain tetapi jika anda perlu untuk melakukannya, lakukanlah ia dengan penuh hormat dan gaya.
7 - Jangan mengambil sikap tidak bersetuju apabila seseorang mengkritik anda. Cuba untuk senyum dan berkata ‘terima kasih’.
8 - Apabila seseorang memuji akan kerja yang anda lakukan, jangan pula berkata, “Alaa…tak ada apa-apa,” ini sesungguhnya akan menghina orang lain, kerana ia seperti menunjukkan bahawa standart mereka adalah tidak setaraf dengan anda.
9 - Jangan sesekali menambah apabila diberi pujian. Sebagai contoh jika seseorang memuji masakan anda, jangan pula menambah seperti, “Sedap? Sebenarnya ia teramat sedap sehinggakan semua orang makan bertambah.”
* Rujukkan majalah Wanita 2005
Jumpa lagi. Adiosss…
~JimieRay~
ps - Pertandingan Cabaran JagaKesihatan.Com telah tamat pada 3 Feb 2008 yang lalu. Sila dapatkan keputusan muktamat cabaran tersebut di blog Jaga Kesihatan. Klik disini untuk maklumat lanjut.
10 Responses
Labanon
16|Feb|2008 1Wah.. trima kasih dengan tip2 di atas
sungguh berguna!
emet
26|Feb|2008 2TQ Jimie dengan tips kat atas, sepatutnya dibaca oleh mereka yang tak ble menerima kritikan…
Act. mereka yang tak boleh menerima kritikan ni berfikiran singkat, ayat lebih sesuai belum “matang”.
Ya, mungkin darah muda membuak2…
Sekali lagi terima kasih…
Kalau saya nak siarkan artikel Jimie ni dalam blog saya boleh tak?
komenebook.com
28|Feb|2008 3semoga saudara Jimie dan komentars sihat…
saya tertarik dengan artikel yang bertajuk “memberi dan menerima kritikan” ni. banyak tips dan guide yang saudara berikan sebagai panduan. as an open-minded man, saya terima nasihat yang saudara berikan dengan hati terbuka. saya yakin nasihat yang saudara Jimie berikan ini dapat saya manfaatkan demi mempertingkatkan motivasi diri.
Ya, Jimie…itulah uniknya manusia. kerana keunikan yang telah diciptakan-Nya, masing2 mempunyai pegangan dan pendapat tersendiri. jarang manusia yang suka menerima teguran, jarang manusia yang sedar akan kesilapan, dan yang lebih malang, amat jarang manusia yang memberi teguran membina…lantaran emosi yang lebih suka mencerminkan keadaan yang -ve.
bercakap pasal beri dan terima kritikan ni, saya akui ada yang memberi reaksi respons +ve dan -ve…dan reaksinya memang akan datang secara natural…semulajadi. dan ia juga berkait secara langsung dengan emosi.
sebagai contoh, sekiranya masa saya membaca artikel ni, emosi(atau mood) saya dalam keadaan tak ok, maka mungkin tindakan atau penulisan yang saya bakal hasilkan, lebih cenderung kepada -ve. dan begitulah sebaliknya. maka tak hairanlah, timbulnya perkataan yang kurang enak seperti “bodoh” dan sebagainya.
memang tak dapat dinafikan juga pandangan dari EMET..”mungkin darah muda membuak2″…secara fitrahnya, memang orang muda cakapnya lebih bersemangat, berapi2 (hehehe) dari yang tua. kalo yang tua ni, cakapnya pula lebih lembut namun halus dan tajam. so, masing2 ada keunikan yang tersendiri.
oleh dari itu, pada pandangan saya yang tak seberapa nipentingnya hati yang tenang. hati yang tenang akan melahirkan pandangan atau kritikan yang lebih bernas…
ahib0205
03|Mar|2008 4hm.. tak ramai yang dpt trima krtikan seadanya. mungkin sbb cara kritikan itu kot. anyway pada sy ist enogh kita kawal diri kita betul. mcm ada tips kat atas tu kita mudah utk lafazkan mintak maaf…. lama2 sifat ego akan jatuh jugak.. thanks for all th e tips…
beduz
04|Mar|2008 5saya baca semua post2 yang dikeluarkan oleh smartzul utk mencari ape yang dimasudkan. last sekali jumpe jgk. agak terkejut saya baca komen drp seorang tu. memang melampau kritikan dia (ayat yang digunakan memang teruk). ini akan menjejaskan kredibiliti semua blogger. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Safuan A.k.a Sipenglipurlara
10|Mar|2008 6Tips yang sangat berguna..
zool
18|Mar|2008 7Tips mengkritik yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian..
wanwma
22|Mar|2008 8Buku How To Win Friends & Influence People yang ditulis oleh pakar motivasi terkenal Dale Carnegie ada menyebut dalam bab pertama bertajuk Fundamental Techniques in Handling People, Principle Pertama: Don’t criticize, condemn or complain!
Saya akan menerangkan perkara ini dalam blog saya bila sampai masanya nanti. Saya sekarang baru dalam minggu pertama mengikuti kursus Dale Carnegie ini.
wanwma
22|Mar|2008 9Saya pn bagi komen gak kat blog smartzul tu. Tak tau la apa padangan org tentang komen saya, komen saya tu sebenarnya hanya inginkan penjelasan dari saudara Zamri. Tp lambat pulak responnya. Bila dah baca panjang lebar komen zamri tu baru la rasa lega. Dan saya rasa apa yg dikatakan oleh saudar zamri tu mmg boleh pakai. Sekarg saya dah belajar benda baru dalam hal komen mengomen ni. Bolehlah dikongsikan dengan pembaca semua nanti. Buang yg keruh, ambil yg jernih!
admin
27|Mar|2008 10nice thoughts inside, i hope u will achieve your dreams one day, ameen
Leave a reply
Search
RSS Subscription
Financial Freedom
Aktif
Kategori
Post Yang Lepas
Link Kami
Pakar Ebiz
Rakan Blogger
Komen Terkini
Bina Mailing List Anda Segera!
Jom Bual
Jom Follow JimieRay
Visit Global Domains International
Rakan VIP Blog Ini :)
Rakan Online
Peta Pembaca
Jejak Pembaca
A design creation of Design Disease
Copyright © 2007 - JimieRay dot Com - is proudly powered by WordPress
InSense 1.0 Theme by Design Disease brought to you by HostGator Web Hosting.