14 Sep
Posted by: JimieRay in: Santai, Peringatan, Renungan, Umum
Salam Ramadhan dan jumpa lagi…
Setelah agak lama saya menyepikan diri dari menulis di blog ini selepas saya menjalani pembedahan pada bulan May yang lalu. Kini saya akan kembali menulis di blog ini semula, namun sepanjang percutian dari menulis disini saya ada mengikuti di belakang tabir dalam dunia internet marketing. Salah satunya saya merupakan salah seorang peserta yang mengikuti kursus perniagaan internet bersama Zamri Nanyan pada bulan July yang lalu. Hasil daripada kursus perniagaan internet yang saya ikuti itu maka lahirlah projek pertama saya yang baru minggu lepas saya lancarkan secara underground.
Kali ini saya belum mahu ulas apa-apa lagi di sini berkenaan projek saya itu kerana tak berapa hari lagi kita akan menyambut fajar Shawal. Tentu anda semua sebuk berkira-kira nak bercuti balik raya di kampung. Saya ingat lagi ketika saya menetap di Kuala Lumpur setelah berkeluarga iaitu sekitar tahun 1997 – 2004, setiap kali nak tiba hari raya, kami akan rancang awal-awal untuk pulang ke kampong di sini (Penang) dan juga Kedah (sebelah keluarga saya). Ya lah, perjalanan jauh ni macam-macam hal boleh berlaku dengan kesesakan, kereta rosak la…tapi yang paling di elak sekali kemalangan jalanraya yang boleh mengakibatkan maut. Marilah kita sama-sama elakkan dari jadi sebahagian statistik kemalangan maut pada tahun ini.

* Kepada yang menunggang motorsikal elakkan dari berkonvoi ramai-ramai ketika musim perayaan begini.
Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel akhbar yang saya baca 2 tahun yang lalu saya rasa patut untuk berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana di kalangan kaum ibu dapat membantu suami bagi mengelakkan kemalangan :
Sedarkah kita bahawa wanita memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan kemalangan jalanraya. Wanita mempunyai pelbagai peranan sebagai isteri, ibu, anak perempuan dan juga sebagai pemandu kenderaan yang boleh membantu dalam mengurangkan statistik kemalangan jalan raya.
Wanita yang menjadi isteri dan menjadi peneman kepada suami yang memandu kenderaan perlulah membantu suami mereka dari aspek mental dan fizikal untuk suami memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati. Isteri boleh membantu suami dengan cara yang berikut :
# Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung atau pulang semula ke kota, isteri boleh meminta suami dan semua anak-anak agar bersolat hajat memohon keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke rumah semula setelah berhari raya. Mulakan perjalanan dengan doa selamat bagi mengiringi perjalanan dengan penuh sejahtera.
# Isteri tidak harus bersikap negatif semasa mahu pulang ke kampung seperti membebel dan merungut mengenai giliran balik kampung ke rumah mentua, bersikap marah kerana penat berkemas barang dan pelbagai lagi sikap negatif yang boleh mengganggu ketenteraman emosi suami. Hadiahkan senyuman mesra pada suami dan bertolaklah ke kampung dengan rasa bersyukur dan gembira. Permulaan yang cantik akan membuahkan hasil yang cantik.
# Ketika menemani suami memandu pulang ke kampung bersama anak-anak, pastikan suami berada dalam keadaan selesa dan segar untuk memandu seperti pemakanan suami dijaga dengan baik sebelum memandu jauh dan pastikan suami berasa selesa dengan dirinya dengan memastikan suami mandi dan minum minuman yang menyegarkan badan.
# Berikan ransangan dan motivasi positif kepada suami dengan kata-kata yang manis dan mesra. Berilah ucapan penghargaan kepada suami kerana sanggup memandu jauh untuk pulang ke kampung. Isteri dan anak-anak menjadi sumber inspirasi suami dalam mengharungi kepenatan memandu. Isteri dan anak-anak boleh memberi ciuman dan pelukan mesra kepada suami dan bapa mereka yang berjuang memandu dengan selamat sehingga 7-10 jam lamanya.
Dengan sikap anak dan isteri yang berlemah lembut dan mesra dapat memberi kestabilan dan ketenangan jiwa dan emosi pemandu. Dengan ini sekurang-kurangnya suami yang menjadi pemandu berasa terhibur dan sentiasa beringat untuk menjaga keselamatan anak dan isterinya. Perkara ini nampak seperti kecil tetapi memberi impak yang besar kepada pemandu. Isteri perlu memainkan peranan sebagai peneman dengan penuh kasih mesra mendorong suami untuk berhemah dalam pemanduan.
Isteri janganlah bercerita mengenai perkara yang menyakitkan hati suami dan boleh membuatkan suami berasa marah dan kecewa sepanjang suami berada dalam pemanduannya. Hal-hal mengenai masalah hutang kereta, perabot baru yang tidak dibeli untuk hari raya, baju raya yang tidak dibeli, hutang rumah, isu suami tidak naik pangkat, fitnah jiran tetangga, hal bonus yang tidak didapati suami, kereta buruk malu nak balik kampong dan isu-isu peribadi suami isteri seperti hal kekasih suami dan pelbagai lagi cerita yang boleh menjadikan suami yang sedang memandu kereta terasa marah, sakit hati dan kecewa, perlu dielakkan disepanjang pemanduan.
Kata-kata yang menyakitkan hati dari isteri mampu menjadikan suami bertindak ganas semasa memandu dan boleh menyebabkan kemalangan kerana emosi marah yang tidak terkawal. Pihak isteri boleh berceritalah hal-hal yang mengembirakan suami seperti cerita kemajuan anak-anak dalam pelajaran, hal percutian dan jiran tetangga yang saling membantu. Kata-kata yang menyenangkan hati suami boleh membantu suami memandu dengan lebih cermat dan ceria.
Isteri juga perlu memastikan anak-anak kecil yang turut sama pulang ke kampung atau balik semula ke kota tidak menangis dan merengek terlalu kerap sehingga menjejaskan konsentrasi suami dalam pemanduannya. Anak-anak perlu diajar berdisiplin di dalam kereta, jangan membuat bising atau bergaduh dalam kereta.
Jika anak-anak membuat bising dan bergaduh dalam kereta boleh membuatkan suami terasa marah dan akhirnya menengking anak-anak agar jangan bising dan bergaduh dan ada kalanya sesetengah bapa bertindak ingin memukul anak-anak yang degil di dalam kereta. Keadaan ini akan menyebabkan gangguan kepada pemanduan suami dan kemalangan boleh berlaku.
Setelah suami berjaya memandu ke destinasi dengan selamat, pihak isteri perlulah mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan kepada suami kerana suami telah berpenat lelah memandu dengan selamat ke kampung untuk berhari raya atau kembali semula ke rumah masing-masing.
Jangan sibukkan suami untuk mengangkat barang-barang dalam kereta selepas suami penat memandu, mintalah tolong ahli keluarga lain untuk mengangkat barang dalam kereta dan sebagainya. Rasa penghargaan dan ucapan daripada isteri ini memberikan semangat untuk suami agar terus mampu memandu dengan cermat dan menjaga kesejahteraan keluarga.
*Prof Madya Dr Rusinah Siron adalah pensyarah Kolej Pengurusan dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Jumpa lagi, Adioss…

PS : Kepada anda yang ingin belajar buat website sendiri kini saya menjemput anda untuk belajar buat website secara online PERCUMA. Sila Klik Disini!
PSS : Kepada semua pembaca blog JimieRay dot Com saya menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya berlaku terkasar bahasa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
“Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, adakah tahun depan aku dapat bertemu lagi…”
3 Responses
fiezaradzi
14|Sep|2009 1selamat menyambut hari raya.. artikel yang menarik..
Precious
15|Sep|2009 2Salam .. saya seorg isteri. Tima kasih atas pesanan ini. Semoga kita semua selamat beraya dan kembali bekerja. Hiks!
Owh .. boleh tolong? Jika you suka Kak fynn jamal plz calunkan dia utk weblog popular 1malaysia. I see you follow kak fynn. Your help is highly appreciated. Tenkiu!!
zaid
19|Sep|2009 3salam.. selamat hari raya..waa hebat mat rempit sekarang nii ada jersey tu
thankss
Leave a reply