30 Dec
Posted by: JimieRay in: Usahawan, Matlamat, Berita, Renungan, Usahawan Internet, Umum
Salam bahagia dan jumpa lagi.
Semuga anda bertambah ceria hari ini bagi menanti detik kedatangan 2008 nanti di samping meninggalkan tahun 2007 dengan penuh kenangan terindah. Dan juga semuga anda dapat bersyukur dengan apa yang anda lalui sepanjang 2007 ini.
Apa maknanya tajuk post saya pada hari ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa pada hari minggu lepas (Ahad 23hb Dis 2007) satu sejarah peribadi telah tercipta untuk diri saya. Walau pun sejarah yang tercipta pada hari tersebut tidaklah sebesar mana tetapi cukup memberi kesedaran kepada saya bahawa sekiranya kita yakin dapat melakukan sesuatu pasti kita akan dapat melakukan. Tentu anda ingin tahukan…
Pada hari tersebut saya telah diamanahkan untuk meminang seorang gadis. Huu..huu…Bukan meminang untuk saya tau. Sebenarnya adik ipar saya telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurucakap pada majlis peminangan tersebut. Terkejut juga saya sebulan sebelum tarikh itu apabila isteri cakapkan kepada saya. Apakah sudah tiada orang tua-tua untuk uruskan semua ini. Setelah diterangkan kepada saya bahawa adik ipar saya mahu kami sekeluarga menjadi saksi untuk majlis bersejarah tersebut, akhir saya mengambil keputusan untuk menerima tanggungjawab itu. Puas juga la dua tiga hari saya berjumpa dengan orang yang berpengalaman untuk mendapatkan tips…
Akhirnya pada tarikh yang ditetapkan kami sekeluarga ditemani bapa dan ibu mertua dan ipar duai saya bertandang kerumah bakal pengantin perempuan. Selepas sedikit sessi bertanya khabar saya mulakan majlis dengan merisik kepada bapa sigadis tersebut sekiranya bunga yang sedang mekar di rumah tersebut dah berpunya atau belum… Setelah mendapat persetujuan akhirnya saya terus meminang untuk adik ipar saya dan kami memberi tempoh dalam masa 3 hingga 6 bulan akan melangsungkan perkahwinan mereka.
Tahniah dan Selamat Bertunang kepada adik ipar saya Rosman Mahadi dan Cik Masita dari Sungai Dua, Sg. Nibong P.Pinang. Kedua-duanya sedang bekerja di Kilang Intel, P.Pinang. Semuga dapat menempuh dunia pertunangan dengan penuh sabar dan ketenangan.

*Pssstt : Saya tiada dalam gambar tu tau…
Anak saya dua orang yang di depan tu & isteri saya bertudung biru no 3 dari kiri bersama ipar duai kami.
Walaupun majlis itu sederhana saja tetapi cukup meriah kerana dihadiri oleh semua keluarga sebelah isteri saya. Insyaallah, pada tahun depan (2008) mertua saya akan menerima seorang lagi menantu dan juga bakal menerima dua orang cucu setelah menerima dua orang menantu serentak pada pertengahan tahun ini. Inilah indahnya perkahwinan kerana setiap tahun bila sesuatu keluarga itu akan bertambah dan membesar… Bagi yang belum kawin tu cepat-cepatlah melaksanakannya.
Jadi, pada hari tersebut maka terciptalah satu sejarah peribadi kepada saya sendiri yang saya tidak sangka sama sekali. Bila direnung-renung kembali…rupa-rupanya dah tua umur aku. Hehee...
Kini, setelah hampir setahun saya ceburkan diri dalam dunia blogging satu lagi sejarah akan tercipta untuk dunia blogging saya. Tentu anda ingatkan tentang projek terbaru saya. Semuanya sedang berjalan dengan lancar. Besar kemungkinan saya akan lancarkan pada hari rabu nanti. Cuma sekarang kami sedang selesaikan sedikit masalah teknikal bagi memudahkan anda mendownload ebook percuma itu. Nantikan maklumat lanjut tentangnya di blog saya dari masa kesemasa.
Selamat menyambut tahun baru. Jumpa lagi. Adioss…

One Response
zaki blogjer
30|Dec|2007 1Tahniah, bertambah besar keluarga awak ya
Nmpknya, awak ada bakat kepimpinan, sbb tuh org lain percaya
Leave a reply