Seminar Perniagaan Internet di Penang Berjalan Lancar
May 13, 2007
Sebelum tu rasanya belum terlambat untuk Jimie ucapkan Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu seluruh Malaysia amnya. Khasnya buat ibu Jimie, Selamat Hari Ibu. “Kaulah Ratu Hati Ku, Semuga bonda dapat mencapai impian bonda tahun ini”. Dan juga khas untuk isteri Jimie, Selamat Hari Ibu….”Terima Kasih kerana menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita, papa hargai segala pengorbanan mama”.
Juga Selamat Menyambut Hari Jururawat untuk seluruh jururawat Malaysia amnya. Khasnya untuk isteri Jimie juga “Happy Nurses Day“. Jangan lupa pesanan yang selalu papa pesankan : “Bertugaslah dengan sebaik mungkin. Anggaplah pesakit itu seperti keluarga kita.”
Berbalik kepada tajuk blog hari ini, sepatutnya Jimie nak paparkan post ini dua minggu yang lalu. Tapi di sebabkan banyak perkara-perkara yang kena Jimie selesaikan dalam minggu lepas jadi terpaksa Jimie tangguhkan dulu sehingga hari ini. Seminar perniagaan internet tersebut telah berjaya di jalankan pada 29hb April yang lalu di dewan Budi Penyanyang, Kepala Batas. P.Pinang anjuran BijikNiaga.Com. Penceramah jemputan adalah orang yang sentiasa jer smart
siapa lagi kalau bukan SmartZul mentor Jimie tu.
Kalau nak tahu pesanan beliau tentang perniagaan internet ni jangan lupa masuk blog SmartZul hari ini. Ada pesanan istimewa untuk anda yang newbie.
Semasa SmartZul ada di Penang sempat juga la Jimie berguru dengan beliau secara tidak formal. Terima kasih Zul atas tunjuk ajar dan nasihat yang telah Zul berikan. Banyak tool-tool telah Zul bekalkan pada Jimie. Lagi bersemangat Jimie nak jalankan projek Jimie ni. Oppsss…! Memang Jimie ada projek Jimie lepas ni, dalam perancangan. Hanya SmartZul dan peserta seminar jer yang tahu tentang projek Jimie. Nantikan pengumuman Jimie di blog ini di post-post yang akan datang.
Di antara peserta seminar tu pun dah ada 3 atau 4 orang yang dalam proses dengan projek masing-masing. Tahniah kepada En Ismail kerana dapat hadiah istimewa dari SmartZul. Beliau telah menyahut cabaran dari SmartZul untuk bentangkan projek pertama beliau di hadapan peserta. Memang menarik projek beliau, untuk En Ismail, teruskan usaha anda. Juga kepada Pn Hjh Rohaini dan suami dengan projek…Opppss, tak bole Jimie sebut di sini kerana belum dapat green light dari beliau pada hari itu. Jadi, Kak Aini dan Abang Rahman jangan tangguh-tangguh lagi. Teruskan projek anda. Kami sentiasa memberi sokongan kepada anda.
Inilah peserta2 yang menghadiri seminar perniagaan internet bergambar dengan SmartZul dan En Sham (penganjur) yang berbaju putih sebelah SmartZul.
Di fahamkan dari pihak penganjur seminar seperti ini dalam perancangan akan di adakan lagi di kawasan utara ini. Jadi kepada anda yang ingin mempelajari tentang perniagaan internet ini, bersedialah dari sekarang. Insyaallah, dalam perancangan seminar seperti ini akan di jalankan lagi kemungkinan di Alor Setar pula. Rajin-rajinlah kunjungi blog JimieRay Dot Com. Jimie akan bekerjasama dengan pihak penganjur untuk buat pengumuman di sini.
Kepada anda peserta seminar pada hari tersebut sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh la hubungi Jimie. Jangan malu-malu dan segan. Jimie pun masih baru lagi dalam bidang ini dan sedang menimba ilmu. Dengan ilmu yang sedikit ini tak salah rasanya untuk kita berkongsi, sekiranya kita sama-sama tidak tahu lagi mudah untuk kita rujuk kepada mereka yang telah melaluinya. Jumpa lagi. Adioss…
-JimieRay-
PS - Kepada anda yang tidak tahu bagaimana nak kendalikan Cpanel sila dapatkan ebook belajar Cpanel dari saudara Jebat MesraInternet. Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.
PSS - Dalam post Jimie yang lepas SmartZul ada beri sedikit komen dan beliau terpegun dengan teknik Jimie menaip. Ramai pengunjung blog ini email tanya Jimie apakah teknik tersebut? Huu…Huu… Perlukah Jimie keluarkan satu ebook tentang teknik menaip yang Jimie sedang gunakan sekarang ini? Sekiranya ada permintaan apa salahnya kan…
Nantikan di post Jimie yang akan datang. Jimie akan dedahkan kepada anda satu teknik menaip yang sedang Jimie amalkan sekarang. Tentu anda teruja dengan teknik Jimie ini!


















Posted in 





content rss

May 13th, 2007 at 11:58 pm
Thanks Jimie atas review untuk seminar tu. Saya belum pun tulis lagi kat blog saya. Bz sikit.
Ok Jimie, semoga berjaya projek tu yer.
May 14th, 2007 at 2:14 am
[…] *Thanks to Jimie yang buat sedikit review mengenai seminar perniagaan Internet di Penang pada 29 April 07 yang lepas. Klik di sini untuk membaca review itu. […]
May 14th, 2007 at 5:14 pm
selamat berblog en jieme…
tak sabar nak tunggu skill terbaik dalam menaip .
May 14th, 2007 at 10:06 pm
Wa ramainya bestnya kalau aku dapat joint.
May 15th, 2007 at 12:46 pm
Aksm Jimie, best nye dapat jumpa sifu dan menghadiri seminar dia lagi…..
Jimie, jika Zul pi lagi kat Penang tu, awak kena ajak dia makan nasi kandaq 4 kali sehari..hehehe…biaq dia gemuk skit…….
Apa projek baru tu Jimie?
May 15th, 2007 at 10:38 pm
Thanks Jimie… atas gambo2 kat seminar tu. semoga semua yg terlibat akan berjaya dgn ebiz masing2 Insya Allah. Amin..
May 16th, 2007 at 11:31 pm
wooo.. kurus nya Zul. Jimmy, kau tak jamu dia ngan nasi kandar ke
?
May 16th, 2007 at 11:34 pm
[…] Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada yang terdahulu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada aku, iaitu Fai, JimieRay dan Raja Blog. […]
May 18th, 2007 at 5:26 pm
Bro Jimieray….
Minta maaf psl memang sibuk habiss….Bebudak Matrikulasi Pongsu Seribu dah mendaftar pd 14/05/07 hari tu… jadi pakcik pun tompang sibuk same…he!he!..hari ni baru dapat cerita sikit psl seminar hari tu.. memang sempoi terutama bagi set-set retro macam kita ni Bro…. Saya memang rekomen habis tujuh keturunan pakat-pakat pi la seminar Smartzul tu… tak rugi masa dan RM punya…
Hadiah sponsor yang saya dapat hari tu pun tengah diusahakan..nantikanlah kemunculan www.freewaremall.com tak lama lagi….
OK Bro… Salammm
east
May 24th, 2007 at 4:29 pm
Semoga berjaya dengan projek terbaru jimey…
Saya pun sibuk dengan projek2 sehinggakan sukar untuk menghantar komen. sekadar meluangkan masa membaca blog rakan-rakan.
keep it up !
May 28th, 2007 at 6:28 pm
Good luck Mr. Jimey..
Sorry la sbb sy lambat nak update web bijakniaga.com utk cerita psl seminar lepas..dan nak taruk gmbar jimiey & lain2 peserta kat situ..
Sejak habis je seminar lepas…sibuk duk design web customer..habis je design..demam panas lak seminggu..ni baru bangun..adeh…
ok..insyaallah..dalam beberapa hari lagi web bijakniaga tu akan siap update…
So next seminar ni maybe buat kat Alor Setar, tp dianjur bersama dengan rakan saya di sana…
So sapa2 kat utara yg terlepas seminar lepas..buleh join seminar kat alor setar Julai nanti..
So to jimiey, congaratulation for your 1st blog..
Keep dreaming…
May 29th, 2007 at 2:51 pm
jimiey… dah lama saya dok baca cerita seminar ni. Mula-mula saya mendaftar dan sesuai dengan hari… tup-tup diubah tarikh alamat kecewa sangat. Rasa nak ponteng kerja, tapi tak baik, kalau jadi apa-apa alamat….
Saya hari paling sesuai ialah hari sabtu kerana peluang untuk sekitar kedah boleh join sama. Terkilan juga… lain kali mungkin
May 31st, 2007 at 1:12 am
Kepada rakan2 kat utara (Alor Setar) yg nak join seminar, Insyaallah akan diadakan di sana..cuma nak confirm tarikh, tempat dan dengan zul je. Hari sabtu (sebab orang kedah cuti hari tu).
Pada jimiey, bila2 jom kita pi nasi kandar line clear lagi..hari tu pi dengan zul sekali x nak makan. Masing2 malas nak beratur panjang.
Dan..kalau boleh jimiey terbitkan ebook cara terbaik menulis dengan blog ni..memang bagus. Mesti ramai yang nanti-nantikan dan nak tahu…
March 28th, 2008 at 12:59 am
[…] blog yang kedua saya pada awal tahun ini. Pada bulan April 2007 juga saya telah mengikuti satu seminar perniagaan internet yang di jalankan oleh SmartZul di Kepala Batas, […]