JimieRay Dah Kembali

Date August 13, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah!…Diam tak diam lebih sebulan juga saya bercuti dari menulis di blog ini. Bila terbaca tajuk post di atas tentu anda tertanya-tanya kemana saya pergi? Pergi luar negara ke atau luar negeri? Huu..huuuh.. Saya tak kemana-mana, masih kat seberang laut ni juga, kat Pulau Mutiara ni. :) Sebenarnya saya sengaja mengambil cuti panjang sikit untuk selesaikan beberapa perkara agak penting sikit. Lagi pun kebetulan pula kerja di office agak sebok sikit sekarang ni maklumlah dah nak penghujung tahun ni.

Walau bagaimana pun saya masih sempat lagi menjenguk dan mengikuti perkembangan perniagaan internet sahabat2 kita terutama sekali saudara Fai telah buat satu kejutan dan keputusan yang amat drastik sekali meninggalkan terus dunia perniagaan internet ini. Saya tak mahu mengulas panjang tentang keputusan yang telah beliau buat mungkin itu adalah yang terbaik bagi dirinya. Semuga beliau berjaya dengan bidang baru yang beliau ceburi nanti.

Pada minggu lepas, SmartZul sekali lagi telah buat satu kezutan dengan Pakej Kit Blogger Re-bornnya. Saya pun belum sempat lagi nak review ebook tersebut, tapi di fahamkan pekej kali ini telah di kemaskini mengikut keperluan Wordpress versi terkini. Tahniah SmartZul.

Paling mengejutkan saya pada minggu lepas pula saya telah di tag dengan penuh gembiranya :) oleh dua orang rakan blogger iaitu Profit & AliCyber. Ahh….rupanya sekarang mereka tengah rancak main tag-mengetag orang. Mereka nak saya cerita 7 perkara pelik yang orang tak patut tahu. Adusss… Perlukah saya bagi tahu anda cerita pelik tentang saya…. Tak pe, nantikan di post yang akan datang. Tungguuuuu! :)

Baiklah saudara, di post yang pendek ini saya nak berkongsi satu cerita pendek dengan anda sebagai menguji bahasa anda. Pastikan anda baca kuat-kuat dan pantas! :)

Ketam dan Kodok

Ketam Ketip KuKu KaKinya. Kawan Karib Ketam, KodoK, Kata Kepada Ketam,”Kenapa Kau Ketip KuKu KaKi Kau, Ketam… Kenapa?” Ketam Kata, “Ku Ketip KuKu KaKiKu Kerana KuKu KaKiKu Kelurut… KaKaKKu Kata, Kalau KuKu Ku Kelurut, Kita Kena Ketiplah!” KodoK Kentut KeKeliruan. KodoK Kata KeKalutan,”Kadang-Kadang Kalau KuKu Ku Kelurut, Ku Ketip Kenapa Keluar Kudis?” Ketam Ketawa, Kah..Kah..Kah..Kah..Kih..Kih..Kih..Kih.. Kuh..Kuh..Kuh..Kuh.. Koh..Koh.. Koh..Koh!!

KodoK..KodoK..Kenapa Kadar Kebodohan Kau Ketara Keterlaluan?” KodoK Kata Kepada Ketam, “Ketam. Kenapa Kau KetawaKan Ku?”Ketam Kilas, “KelaKar.” “KelaKar Ke Kuangjar?” Kata KodoK. Kerana Kemarahan KodoK Keterlaluan, KodoK KeperoK Kepala Ketam Kuat Kuat Kadar Kilat.”KeleKuK !”, Kepala Ketam Kehancuran Kerana Kena KeperoK KodoK. Ketam Kata, “KodoK.. KodoK.. Kenapa Kau KeperoK KepalaKu? Kan KesaKitan.”Kesian Ketam…..Adioss..

~JimieRay~

P.s - Saya dalam proses percubaan untuk mengunakan theme ini pula kali ini memandangkan theme lama ada sedikit kekurangannya. Belum pasti lagi tentang kebaikan theme ini. Sekiranya dalam masa sebulan tempoh percubaan ini tidak ada apa-apa masalah saya akan terus gunakan theme ini. Harap anda dapat bagi sedikit komen tentang theme ini. Harap maklum.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • scuttle
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • TailRank
  • Furl
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • connotea
  • NewsVine
  • LinkaGoGo
  • Fark
  • feedmelinks

6 Responses to “JimieRay Dah Kembali”

  1. smartzul said:

    Jimie, saya sukakan theme ini! ;)

    Teruskan menulis dan semoga berjaya…

  2. profidz said:

    amboi… naik tergeliat lidah duk bace cer..pen anda tu ek… mana dpt cer..pen ni ek??

    bace slow2 pun terpelecok, inikn nk bace kuat2…huhuhu takut pas2 tak leh nk cakap plak :)

  3. ali sihatsokmo said:

    gembira…??? Takde la gembira sgt jimie, ok la utk mmeriahkan dunia blogging nih :)

    wow dah tukar theme baru 3 column plak…hmm…cantek & mesra rakyat.

    kemang kergeliat kidah kak kaca kerpen kuh!
    (memang tergeliat lidah nk baca cerpen tuh) :)
    tapi saya pernah terbaca satu lagi cerpen mcm tu tapi mula dgn huruf ‘J’… “Jamil Jumpa Jamilah…bla bla bla…” ( agak menjolok mata & tak sesuai utk tatapan umum)
    hehe.

  4. Abang Em r said:

    Salam Siaran Jimie.. Tahniah dah kembali. Tentang Thame abang xreti nk komen banyak. tapi my 1st impression masa masuk blog anda ni, wow!… hapenning.
    Cerpen tu, abang xbrani sangat nk sebut.. takut terpelecok lidah. Haru dibuatnya. Jawabnya soru miss bro.. he..he..

  5. ktom said:

    Hehehe, cam dok dlm kelas seni persembahan Akademi Fantasia je….Anyway Jimie, best theme ni…3 column…bagus…tak berserabut….simple yet vey attractive

  6. abdfatah said:

    adesh, apohal akan angkatan ayat-ayatan amat azab sekali sebutan sangkut-sangkutan … berapa banyak aaaa , berapa banyak sss daaaa…

    kalo bacan laju lain citer laa jadinya kalo baca slow lagi lain citer… adesh…

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>