Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semuga anda ceria hari ini. Sebenarnya hari ini saya ingin bersama2 anda, kita buka mata dan buka minda bahawa

  • Anda boleh berniaga melalui internet
  • Perniagaan internet mampu menghasilkan pulangan yg lumayan
  • Memaksimakan penggunaan komputer untuk menghasilkan wang. Bukan setakat main game, berchatting atau beremail sahaja…

Di blog ini saya akan berkongsi idea bagaimana anda boleh menjadi usahawan internet dengan beberapa persoalan berikut :  
1- Adakah ada sudah memiliki perniagaan sendiri dan kini ingin mengembangkannya ke pasaran global melalui internet?
2- Adakah anda seorang usahawan MLM dan ingin memasarkan barangan anda di internet?

3- Adakah anda menjalankan sesuatu perniagaan berasaskan perkhidmatan dan mahu perniagaan anda diketahui dan dikenali lebih ramai pelanggan khususnya melalui internet?

4- Atau anda belum ada apa2 perniagaan sendiri lagi dan ingin memulakan perniagaan sendiri yang tidak memerlukan modal yang besar, kurang resiko, mudah dikendalikan dan yang paling penting ia boleh memberi pulangan yang lumayan?

Tetapi, persoalannya di sini ramai orang yang saya jumpa bila diajukan soalan ‘berniaga apa sekarang?’…. Ramai yang rasa takut, rasa tak ada keyakinan. Apa yang mereka jawab ialah tak tahu berniaga, tak ada pengalaman atau tiada modal. Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat iaitu suka memandang rendah pada diri sendiri.

Kajian telah menunjukkan 70% orang dewasa yang bekerja mengimpikan akan tiba satu hari nanti mereka akan memiliki perniagaan sendiri. Disebabkan kerumitan untuk memulakan perniagaan, kajian juga menunjukkan hanya seorang dari tujuh orang yang benar2 melaksanakan impian mereka.

Melalui blog ini saya ingin mencungkil rahsia dengan mereka yang telah melaluinya sambil berkongsi ilmu ini dengan anda. Sebenarnya perniagaan di internet mudah untuk dimulakan, namun begitu terdapat kaedah terbaik dan berkesan yang perlu dipelajari untuk berjaya dalam perniagaan internet ini. Sebenarnya potensi perniagaan internet begitu besar sekali dan amat rugi sekiranya kita tidak mengambil peluang ini….

“Barang siapa yang tiada berupaya menghasilkan wang
walau sesen pun menerusi internet sedangkan
mereka memasukinya saban hari,maka sesungguhnya
mereka tergolong di kalanggan orang2 yang rugi.”
Shuth : founder WangCyber

Jumpa lagi di post yang akan datang…rajin2 la menjenguk di sini lagi… Sekian. Adioss…

-JimieRay-

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • digg
  • YahooMyWeb
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • feedmelinks