Hari ni saya rasa cukup gembira bila terima email dari SmartZul bahawa beliau telah masukkan duit komisen affilite yg saya sertai.
Ini email beliau kpd saya:
Salam Sejahtera, dimaklumkan bahawa, bayaran komisen untuk program affiliate
Pakej Kit Blogger sebanyak RM20 telah dimasukkan ke dalam
akaun Maybank anda.
Status: Successful
From Account: *********** WSA
To Open 3rd Party Account: ***********
3rd Party Email Address : rozmie99[at]yahoodotcom
Amount: RM20.00
Effective Date: Today
Account Holder Name: MOHD ROZMI BIN MAT D
Reference Number: 1189098144
Transaction Date/Time: 16 Mar 2007 12:21:09
Untuk maklumat anda inilah pendapatan internet saya yang pertama semenjak saya mulakan blog sendiri pada bulan Januari lalu. Saya akui, memang semenjak dua bulan terakhir ini saya tak dapat nak buat promosi lagi blog saya sbb saya tgh berulang alik ke ASetar untuk jaga emak di hospital tapi ini membuktikan bahawa dengan internet anda boleh mencipta pendapatan. (Maafkan saya Zul)
Sekali tengok mungkin ada yang kata alaa….RM2o jer…tapi ini permulaannyer. Bermula dengan RM20 inilah saya akan gandakan pendapatan saya menjadi RM2000 sebulan setahun dari skrg, lima tahun dari skrg RM20,000 tak mustahil. Inilah yang dikatakan perniagaan internet, bukan skim cepat kaya. Itu yang harus anda faham.Skrg saya sudah ada produk sendiri iaitu resel right dr SmartZul.
Kepada anda yang belum ada blog sendiri jom kita belajar blog bersama sifu2 IM yg dah ramai cipta pendapatan. Saya pun masih belajar lagi.
Terima kasih kepada SmartZul yang telah beri peluang ini kepada saya. Anda adalah mentor saya. Juga kepada kawan2 IM spt team SaifulSham, Dr Irfan Khairi (jutawan), Shuth, Labanon dan kawan blog serta ramai yg tak dapat saya sebut disini….Terima kasih atas ilmu yg telah anda berikan w/pun secara online. Masih byk lagi yg perlu saya belajar dengan anda semua.
Salam berhujung minggu & jumpa lagi. Adioss..
-JimieRay-
7 Responses
Maizul
17|Mar|2007 1Tahniah Jimie… anda memang hebat.
ktom
20|Mar|2007 2Tahniah Jimie, ini adalah satu titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar selepas ini.
Anwar@Saladin
21|Mar|2007 3Tahniah jimie. smoga berkat jimie jage emak menjadi tunjang permulaan kareer IM. syabas dan usaha lagi
Labanon FlareBiz
30|Mar|2007 4Tahniah dah dapat dah RM20.. lepas ni RM2000 lepas ni lagi RM2000000 lagi RM2000000000000 lagi? Erkk sampai esok pun tak habis
Teruskan Usaha Anda!
p/s: Tunggu program affiliate saya pulak yerp
nurul
05|Apr|2007 5wahh wahh semua org sibuk nak jadi jutawan intenet nii :))
thorgentt
06|Apr|2007 6Tahniah, congrats.. saya pun tngh pikir gak nk start jadi affiliate bloggins steps ni…
Mahadzir Zain
08|Apr|2007 7Tahniah Sdr Mohd Rozmie aka JimieRay. Harapkan anda terus success. Impian jadi jutawan akan tercapai. Sesuatu kejayaan bukan mudah untuk dicapai. Terlalu banyak dugaan dan rintangan serta duri dan liku yg harus dihadapi. Banyakkan sujud padaNYA. Insyaallah usaha kita akan berpleh kejayaan.
Leave a reply
Search
RSS Subscription
Financial Freedom
Aktif
Kategori
Post Yang Lepas
Link Kami
Pakar Ebiz
Rakan Blogger
Komen Terkini
Bina Mailing List Anda Segera!
Jom Bual
Jom Follow JimieRay
Visit Global Domains International
Rakan VIP Blog Ini :)
Rakan Online
Peta Pembaca
Jejak Pembaca
A design creation of Design Disease
Copyright © 2007 - JimieRay dot Com - is proudly powered by WordPress
InSense 1.0 Theme by Design Disease brought to you by HostGator Web Hosting.